KWSP dicadangkan beri pinjaman kepada ahli

SHAH ALAM – Kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan pinjaman tunai kepada pencarum sebagai alternatif kepada pinjaman bank.

Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia juga lebih baik daripada pengeluaran wang KWSP kerana walaupun rakyat masih berhutang namun beban mereka lebih ringan memandangkan pembayaran pinjaman itu boleh ditangguhkan.

Pada masa sama, beliau mengingatkan agar pelaksanaannya perlu dibuat dengan berhati-hati kerana mampu memberikan implikasi besar kepada negara tatkala hutang Malaysia mencecah RM1.2 trilion dan hutang isi rumah sangat tinggi.

“Dalam isu ini, bagi saya prinsip pertama adalah kalau boleh jangan keluarkan duit KWSP. Apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cadangkan cagar Akaun 2 KWSP untuk buat pinjaman dengan bank, yang menjadi kebimbangan adalah kadar faedah yang mungkin tinggi.

“Malaysia pula antara negara yang tertinggi berhutang. Jadi, ia tak akan berakhir. Cadangan pinjaman tunai kerajaan itu bagi saya boleh dilaksanakan tapi itu pun adalah pilihan terakhir.

“Ia jadi baik kerana tidak mengurangkan simpanan KWSP pencarum. Cadangan untuk keluarkan KWSP itu adalah lebih teruk untuk jangka masa panjang.

“Ini sekadar alternatif agak baik berbanding sekarang, tapi bukanlah yang terbaik.

“Apa yang penting, kerajaan harus pastikan ekonomi negara terus tumbuh dan pendapatan rakyat kena meningkat supaya rakyat tidak perlu berhutang,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan agar kerajaan menyediakan pinjaman tunai RM10,000 kepada rakyat, sepertimana dilakukan kerajaan Jerman, Jepun dan Australia.

Melalui konsep itu, kerajaan akan menaja jamin pinjaman khas tanpa faedah dan duit KWSP pencarum akan dipotong ketika hari persaraan jika mereka tidak membayar balik pinjaman dengan kerajaan dan bukan dengan bank.

Jelas Madeline, jika kerajaan berhasrat untuk melaksanakannya, pemantauan yang ketat mesti dilakukan agar lebih telus dan cekap.

 

Laporan muka depan Sinar Ahad.
Laporan muka depan Sinar Ahad.

 

“Kita perlu melalui proses pemantauan rapi dan paling penting adalah kaedah menentukan orang yang paling layak membuat pinjaman. Dalam konteks ini, mereka yang layak dilihat dari segi kemampuannya untuk membayar balik itu tinggi.

“Selain itu, mereka yang nak meminjam perlulah yang betul-betul memerlukan, contohnya B40. Kita juga tak mahu mereka yang gali lubang (berhutang) untuk tutup lubang lain tapi hutang yang produktif.

“Hutang produktif ini seperti untuk pendidikan dan bukannya berhutang untuk barangan pengguna contohnya membeli kereta,” ujar beliau.

Sementara itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencadangkan KWSP melancarkan skim pinjaman khas untuk ahli bagi menyelesaikan masalah kewangan berbanding membenarkan pencarum menggunakan wang simpanan tersebut sebagai cagaran pinjaman bank.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau How Chai berkata, badan itu mempunyai inisiatif untuk memberikan pinjaman kepada pencarum dengan kadar faedah yang rendah.

“Dengan cara ini, wang simpanan pencarum tidak akan terjejas kerana pinjaman perlu dibayar balik dan KWSP boleh memanfaatkan faedah yang diperoleh daripada pencarum melalui dividen tahunan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan cadangan agar wang simpanan KWSP digunakan sebagai cagaran pinjaman bank adalah tidak bijak.“Jika ahli KWSP menggunakan wang simpanan mereka untuk membayar pinjaman bank, ahli KWSP juga perlu membayar kadar faedah ditetapkan bank,” ujarnya.

Dominic berkata, cagaran itu seumpama membuat pinjaman dengan ceti haram.

“Ini akan membebankan lagi rakyat kerana terpaksa bayar bunga. Ini bukan membantu tapi menyusahkan dan menambah hutang rakyat,” jelas beliau.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker