Buli jalanan, pemandu Hilux, BMW akan dipanggil

Buli jalanan, pemandu Hilux, BMW akan dipanggil

SEREMBAN – Polis akan mengambil keterangan pemandu trak pikap Toyota Hilux dan kereta jenis BMW yang terlibat dalam kejadian buli jalanan di Lebuh Raya Seremban Port Dickson (SPDH) seperti yang tular di Tik Tok.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pada pukul 10.30 pagi hari ini, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 16 saat memaparkan kejadian buli jalanan yang disunting melibatkan dua buah kenderaan.

“Kedua-dua pemandu dan saksi kejadian akan dipanggil untuk diambil keterangan. Siasatan mendapati kejadian berlaku pukul 2 petang, 30 Disember 2022 di Lebuh Raya SPDH menghala ke arah Port Dickson.

“Ia melibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun yang memandu Toyota Hilux dan lelaki berusia 52 tahun yang juga pemandu kereta BMW,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nanda berkata, berdasarkan siasatan kejadian berpunca akibat pertelingkahan dua pemandu itu di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Mambau akibat beberapa komponen batang paip terjatuh daripada trak pikap dan hampir mengenai kereta BMW.

“Setelah berlaku pertelingkahan dan kedua-dua pihak beredar dari lokasi. Pemandu Toyota Hilux mengekori pemandu BMW dan memberhentikan kenderaan di lorong kanan di simpang empat lampu isyarat Sua
Betong, Port Dickson.

“Pemandu Toyota Hilux merakam gambar pemandu BMW kerana dia dirakam oleh pemandu BMW ketika berada di RNR Mambau,” katanya.

Selepas kejadian, kedua-dua pemandu terputus haluan ke arah destinasi masing-masing dan tiada kesinambungan kejadian yang tidak diingini yang berlaku ke atas kedua-dua pihak selepas itu. K Online

Buli jalanan, pemandu Hilux, BMW akan dipanggil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker