Beberapa kes berprofil tinggi ‘menanti’, tumpuan terarah kepada Idrus

Beberapa kes berprofil tinggi ‘menanti’, tumpuan terarah kepada Idrus

Tumpuan terarah kepada Peguam Negara Idrus Harun ketika orang ramai menunggu untuk melihat bagaimana beliau mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi melibatkan ahli politik dan hakim bersidang, kata seorang peguam.

Rafique Rashid Ali berkata Idrus yang merupakan peguam negara untuk menjaga kepentingan awam, kini akan diuji.



Dia yang juga bekas pengerusi bersama jawatankuasa undang-undang jenayah Majlis Peguam, berkata demikian susulan lanjutan tempoh perkhidmatan Idrus buat kali kedua, tetapi kali ini hanya untuk tempoh enam bulan berakhir September ini.

Idrus, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik untuk tempoh dua tahun pada 2020 dan khidmatnya dilanjutkan setahun lagi, tahun lalu.

Rafique berkata, umum mengetahui bahawa Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, menghadapi pertuduhan rasuah, mengemukakan representasi kepada peguam negara dalam usaha untuk menghentikan pendakwaan kes jenayah yang dikenakan terhadapnya.

Pada 23 Sept tahun lalu, Hakim Yazid Mustafa memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Zahid atas 40 pertuduhan rasuah berkaitan kes sistem visa luar negara (VLN).



Pada Januari, pasukan peguam Zahid membuat representasi menggesa pihak pendakwaan tidak meneruskan rayuan berhubung pembebasannya.

Peguam presiden Umno itu juga telah membuat representasi supaya kes kedua terhadapnya digugurkan.

Zahid didakwa atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah membabitkan jutaan ringgit Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018.

Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian mengarahkan dia membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. Enam saksi telah dipanggil ketika prosiding membela diri setakat ini.



FMT difahamkan bahawa representasi berkaitan dua perkara itu telah dibuat awal tahun ini. Idrus sebelum ini berkata, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada penggantinya untuk menentukannya.

Bagaimanapun, tempoh perkhidmatannya dilanjutkan dan ia bermakna beliau perlu meneliti sendiri perkara itu.

“Saya berharap dalam kapasitinya sebagai pendakwa raya, dia akan bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih,” tambah Rafique.

Rafique juga berkata, Idrus mesti menyedarkan orang ramai tentang langkah seterusnya yang ingin diambilnya berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Ghazali.



Pada 22 April tahun lepas, SPRM berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berikutan laporan dibuat mengenai jumlah tidak dapat dijelaskan lebih RM1 juta dalam akaun bank Nazlan.

Bagaimanapun, pada 24 Feb, Mahkamah Persekutuan memutuskan penyiasatan itu melanggar protokol yang perlu dipatuhi semasa menyiasat anggota badan kehakiman.

Rafique berkata, orang ramai juga akan memerhati sama ada Idrus akan mengarahkan pegawainya memfailkan rayuan terhadap pembebasan Najib dalam kes pindaan laporan audit 1MDB.

Hakim perbicaraan Zaini Mazlan berpendapat walaupun rujukan kepada empat perkara telah dikeluarkan daripada laporan audit 1MDB, pindaan itu tidak menimbulkan kemungkinan prosiding sivil atau jenayah dibawa terhadap Najib.



Pihak pendakwaan mempunyai 14 hari mulai 3 Mac untuk memfailkan notis rayuan.

Seorang lagi peguam kanan berkata, beliau percaya ketidaktentuan akan menyelubungi dalam tempoh enam bulan akan datang kerana Idrus gagal membawa pembaharuan bermakna kepada Jabatan Peguam Negara sejak pelantikannya pada 2020.

“Sesetengah ketua jabatan kelihatan tidak menunjukkan kepimpinan dan bimbingan kepada orang bawahan mereka,” kata peguam yang enggan mendedahkan namanya.

Beliau berharap Idrus akan berhubung dengan orang ramai dan media untuk menjelaskan keputusannya.



“Ini akan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihak pendakwaan mempunyai bukti yang boleh dipercayai, jika dikemukakan dengan betul, boleh membawa kepada sabitan.

“Ia juga akan meredakan keraguan orang ramai tentang dakwaan penganiayaan politik,” katanya.

Beliau memetik pertuduhan baru-baru ini yang dikemukakan terhadap bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad kerana meminta dan menerima rasuah yang dikaitkan dengan inisiatif Jana Wibawa. FMT

Beberapa kes berprofil tinggi ‘menanti’, tumpuan terarah kepada Idrus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker