Mangsa ditembak suami hamil lima bulan
Mangsa ditembak suami hamil lima bulan
KANGAR: Suri rumah yang maut ditembak suaminya yang juga anggota polis semalam di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat kan hamil lima bulan ketika kejadian.
Perkara itu didedahkan oleh ibu mangsa, Che Mas Taha, 63, yang menyatakan bahawa anak bongsu daripada empat beradik itu, Safsufarnisya Salleh, 26, hamil anak pertama selepas berkahwin dengan suspek selama dua tahun.
“Memang anak saya hamil lima bulan ketika dia meninggal semalam.
“Malah, kami tidak sangkalah perkara ini boleh berlaku kerana menantu (suspek) ini memang baik orangnya sehinggakan kami sudah anggap dia sebagai anak sendiri.
“Jadi kehilangan Safsufarnisya ini adalah sesuatu yang sukar untuk saya terima terutama dalam keadaan apa yang terjadi tempoh hari,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, di sini hari ini.
Katanya, jika dilihat daripada keadaan sebelum ini menantunya yang berasal dari Setiu, Terengganu itu adalah seorang yang ‘ringan tulang’ dan gemar membantu keluarga termasuklah membelikan pelbagai keperluan termasuk makanan di rumah itu.
“Dia tidak pernah berkira dan kalau dia pulang ke rumah ini, dia pasti akan membawa pulang makanan termasuklah lauk pauk.
“Paling mengharukan adalah menantu makcik ini sering membawa kami termasuk Allahyarham keluar bersiar-siar sekiranya ada kelapangan.
“Oleh itu, bagaimanalah kami tak anggap dia sebagai anak sendiri tapi benda sudah jadi maka tidak boleh buat apa-apa sekarang,” katanya.
Dalam masa yang sama juga, Che Mas turut memberitahu bahawa menantunya itu dipercayai mempunyai masalah kemurungan beberapa tahun sebelum ini.
Ini disebabkan menantunya ada menunjukkan perilaku yang tidak menentu sebelum ini.
“Pada Aidiladha lalu, menantu saya ini pernah memandu tanpa hala tuju di lebuh raya seorang diri sehingga petrol keretanya habis.
“Apabila petrol sudah habis, dia kemudian bersolat di tepi lebuh raya itu dan kemudian menangis terisak-isak di tepi lebuh raya.
“Allahyarham terpaksa menghubungi tempat suaminya bertugas untuk mengesan dan membawanya pulang semula jadi saya tidak menjangkakan ia berlarutan sehingga terjadinya kejadian semalam,” katanya.
Che Mas mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Salleh Eizan, 61 dan hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan empat orang anak berusia antara 39 dan 26 tahun.
Allahyarham Safsufarnisya pula berkahwin dengan suspek selepas bertemu suspek ketika menjalani latihan praktikal dalam bidang pengurusan forensik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis beberapa tahun lalu.
Jenazah Safsufarnisya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Simpang Empat selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Terdahulu, kenalan, rakan sekampung Allahyarham dan sanak saudara hadir menziarahi keluarga mangsa.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Ru’sele Eizan yang juga bapa saudara mangsa. BH
Mangsa ditembak suami hamil lima bulan
Baca Artikel Menarik:
- Janna Nick, Nazim Othman bercinta
- Zabidi lawan Mentega Terbang
- Lans koperal tembak isteri direman 7 hari
- Keane gesa pemain Man United menyorok dalam gua
- Amaran Hadi permulaan langkah jatuhkan kerajaan
- 2 warga emas cabul budak perempuan ditahan polis
- Keputusan JPPM tamparan hebat golongan mahu jatuhkan Zahid, Tok Mat
- Sabitan bekas kakitangan Goldman bukti penyelesaian 1MDB diragui – Johari
- Warga emas tabah pakai maskot cari rezeki
- Cikgu wanita buat ‘projek’ dengan skandal dicekup suami
- Penuntut PhD ditemui maut selepas hilang selama 6 hari
- Mentega Terbang: Kenapa tak ambil tindakan tahun lepas, soal Fahmi
- Gerai pacak disita PBT, penjaja mengamuk naik hantu [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000