Ibnor Riza hidap kanser limfoma

Ibnor Riza hidap kanser limfoma

Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza, mengesahkan menghidap kanser limfoma dan bakal menjalani rawatan kimoterapi bagi mengubati penyakit itu.

Ibnor, 62, berkongsi khabar duka itu melalui hantaran berbentuk video yang dimuat naik rakan seperjuangan, Datin Salwa Abdul Rahman di Instagram (IG).

Melalui entri itu, Ibnor yang popular dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah memaklumkan kanser limfoma menjadi punca mengapa lehernya membengkak.

“Saya sekarang berada di Hospital Port Dickson (HPD) dan hari ini adalah hari terakhir saya di sini. Selepas ini, saya akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban.

“Sebenarnya, saya hidap kanser limfoma dan akan menjalani rawatan kimoterapi.

“Saya mohon doa kawan-kawan semoga rawatan ini berjaya. Terima kasih.. Assalamulaikum,” katanya dalam nada sebak.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) HPD, Negeri Sembilan selepas pengsan di kediamannya.

Sebelum ini, Ibnor dilaporkan mengalami kompilasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, paras kolesterol tinggi, darah tinggi dan migrain yang teruk.

Berikutan itu, Ibnor tidak dapat meneruskan karier sebagai penyanyi hingga pendapatannya terjejas. BH

Ibnor Riza hidap kanser limfoma

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker