Ayda Jebat menang, tapi dikecam pula

Ayda Jebat menang, tapi dikecam pula

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat tidak mengambil hati dengan segala kecaman dan pertikaian warganet selepas diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3), malam tadi.

Ayda berkata, orang luar sepatutnya lebih bersikap terbuka dan menyokong setiap individu yang mengambil bahagian dalam program realiti itu.



“Saya sudah jangka mesti ada pertikaian selepas diumumkan sebagai juara TMSMY3. Ini kerana saya sendiri pun rasa ada orang lain yang lebih layak dari sudut vokal dan nyanyian.

“Tapi satu hal yang orang kena faham adalah pertandingan ini menilai bukan saja dari segi nyanyian tetapi segala aspek seperti persembahan merangkumi karakter, pembawaan maskot, pemilihan lagu dan berjaya mengelirukan juri serta penonton dengan pelbagai suara dan teknik nyanyian. Jadi saya rasa adil bila saya menang kerana segala usaha yang saya tonjolkan.

“Saya anggap kemenangan ini sudah tertulis dan ini adalah rezeki saya. Segala kecaman saya terima dengan hati terbuka. Kalau tak suka saya, sekurang-kurangnya lihatlah usaha yang Betta Fish berikan setiap minggu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk penjagaan bayi, Chicco di sini, hari ini.

Menurut Ayda, dia juga pelik dengan sikap segelintir pihak yang kurang gemar dengan pembabitannya dalam dunia nyanyian.



“Saya tak faham kenapa orang tidak suka apabila saya menampilkan kelainan dalam bidang nyanyian. Ramai suka saya menyanyi lagu rancak tapi apabila saya tampil dengan lagu-lagu bergenre lain, mereka mengkritik dan kurang berminat.

“Lebih-lebih lagi apabila saya masuk pertandingan seperti Famili Duo dan TMSMY3, saya cuba menonjolkan vokal saya tapi ada segelintir mengecam,” katanya.

Terdahulu, menerusi program TMSMY3, Ayda membawakan lagu Titanium nyanyian asal David Guetta feat Sia dan duet Salam Terakhir bersama Marsha Milan.

Ayda menewaskan empat maskot lain yang diwakili Syamel, Han Byul, Mimi Fly dan Hael Husaini.



TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Sesi rakaman TMSMY3 dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). HM

Ayda Jebat menang, tapi dikecam pula

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker