Polis tumpu pusat pelupusan sampah cari anggota badan Abby Choi

 

Polis Hong Kong menumpukan pencarian di sebuah tapak pelupusan sampah bagi mencari serpihan anggota badan milik seorang model yang kakinya dikerat dan ditemui di dalam peti sejuk sebelum ini, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Abby Choi, 28, hilang pada Selasa lalu sebelum kakinya yang dikerat ditemui tiga hari kemudian di dalam peti sejuk di bengkel penjual daging sementara. Bagaimanapun kepala, badan serta tangannya masih hilang.

Enam hari kemudian, polis menemui kepala Choi yang hilang dan beberapa tulang rusuk dalam periuk sup besar.

Semalam, lebih 100 anggota polis yang memakai sut pelindung dilihat menggunakan jengkaut dan penyodok untuk mencari tangan serta bahagian tubuhnya yang masih hilang.

Pencarian bahagian tubuhnya yang lain itu telah dilakukan di Tapak Pelupusan Wilayah Baharu Timur Laut di Ta Kwu Ling, Hong Kong berhampiran sempadan dengan tanah besar China.

Polis berkata, model itu terlibat dalam pertikaian kewangan melibatkan berpuluh juta dolar Hong Kong dengan bekas suaminya dan keluarganya dan sesetengah orang tidak berpuas hati dengan cara dia mengendalikan kewangannya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker