PAS sedia terima Pejuang sertai PN – Tuan Ibrahim

PAS sedia terima Pejuang sertai PN – Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu secara prinsipnya terbuka untuk menerima mana-mana individu yang ingin menyertai Perikatan Nasional (PN) termasuk Pejuang.

Prinsip kita terbuka menerima siapa-siapa sahaja untuk mendukung perjuangan bersama.



“Apa pun saya menjangka kita akan mengadakan mesyuarat bersama PN untuk mempertimbang permohonan tersebut,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelepasan Delegasi Ahli Parlimen PN ke Misi Bantuan Gempa bumi Turki-Syria di KLIA.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, setakat ini beliau belum melihat surat permohonan rasmi Pejuang untuk menyertai gabungan itu.

Terdahulu, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata, Majlis Eksekutif Pusat Pejuang memutuskan parti itu memohon menyertai gabungan diterajui Muhyiddin Yassin.

Katanya, surat permohonan sudah dihantar kepada Muhyiddin yang juga pengerusi PN semalam.



Adun Jitra itu berkata, adalah tidak memadai jika kerjasama berbentuk pakatan pilihan raya semata-mata hanya untuk tujuan mengelak daripada pertindihan kerusi ditandingi.

Sementara itu, Ketua Pejuanita Muda Pejuang, Nurul Ashikin Mabahwi berkata partinya memohon menyertai PN kerana gabungan itu lebih terbuka untuk berbincang berbanding Pakatan Harapan (PH).

Katanya, PH tidak memberi sebarang maklum balas terhadap permohonan parti itu untuk berjumpa dan berbincang.

Tambahnya, keputusan memilih PN dibuat selepas berbincang dengan ahli parti.



Dalam masa yang sama ada pemimpin Bersatu yang tidak setuju Pejuang diterima masuk PN.

PAS sedia terima Pejuang sertai PN – Tuan Ibrahim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri



Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker