Bertumbuk kerana tidak diberi laluan

Pergaduhan melibatkan tiga lelaki berpunca sikap tidak puas hati kerana tidak diberi laluan untuk memotong.

Bertumbuk kerana tidak diberi laluan

Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan akibat berang tidak diberi laluan dalam video tular, di hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu, semalam.

Ketua Polis Dungun Baharudin Abdullah, berkata susulan kejadian itu polis sudah memanggil pihak terlibat memberi keterangan di IPD.



Katanya, punca kejadian dipercayai berlaku berikutan tidak puas hati ketika seorang daripada pemandu tidak memberi laluan untuk memotong.

“Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan kertas siasatan berhubung kejadian ini juga telah pun dibuka.

“Kes masih dalam siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan lanjut dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam, Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.



Baharudin turut menasihati orang ramai dan pengguna supaya bersikap toleransi dan lebih bertolak ansur ketika berada di jalan raya.

“Patuhi peraturan jalan raya dan tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Terdahulu, video tular sejak semalam berdurasi 1.52 minit itu memaparkan dua lelaki saling berbalas tumbuk dengan kejadian dirakam pengguna jalan raya lain. FMT

Bertumbuk kerana tidak diberi laluan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat



Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker