Pengguna TikTok tuduh SPRM tawar RM10 juta ditahan
Pengguna TikTok tuduh SPRM tawar RM10 juta ditahan
Pengguna TikTok, Mohamad Shafiq Abdul Halim yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, baru-baru ini, ditahan agensi itu semalam.
Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki mengesahkan penahanan itu dengan menyatakan Shafiq ditahan mengikut Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan.
“Dia datang ke pejabat setelah dapat arahan kita dan kemudian ditangkap di pejabat SPRM (Putrajaya) semalam, jam 3.30 petang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM.
Shafiq dalam kenyataan di Facebook, berkata dakwaan tawaran RM10 juta hanyalah berdasarkan khabar angin semasa di mahkamah, bahawa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful untuk menukar kenyataan bagi menganiayai Muhyiddin.
Wan Saiful tidak lagi menjadi ketua penerangan berkuat kuasa semalam selepas peletakan jawatannya diterima Muhyiddin selaku presiden Bersatu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Pengguna TikTok tuduh SPRM tawar RM10 juta ditahan
Baca Artikel Menarik:
- PAS ada banyak duit – Nik Zawawi
- Model bunuh diri kerana pembuli siber
- 5 ADUN Sabah lompat belum tentu selamatkan Gagasan Rakyat
- Jana Wibawa: Datuk Teo didakwa terima rasuah RM12.8 juta
- Syed Saddiq bela diri terhadap empat tuduhan jenayah hari ini
- Adam Radlan mengaku tak salah terima rasuah RM4.1 juta
- Mudah-mudahan kes YB digugurkan macam saya – Shahrir
- Tengku Maimun patut tarik diri daripada dengar rayuan akhir Najib
- Polis buru individu menyamar TMJ dapatkan projek
- Masa sedap kau hilang kopiah – Zarina Anjoulie
- Penjawat awam dicekup khalwat dengan janda anak 11
- Dulu lawan, sekarang kawan
- Bung sifatkan Adun UMNO Sabah yang ‘melompat’ macam monyet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET