Kebakaran rumah Ngeh, Saarani minta jangan cetus huru-hara

Kebakaran rumah Ngeh, Saarani minta jangan cetus huru-hara

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengingatkan semua supaya tidak bertindak luar batasan, susulan berita kediaman ahli politik DAP dibaling ‘molotov cocktail’ atau bom petrol.

Beliau berkata, semua orang termasuk dirinya tidak boleh bertindak sedemikian yang mengakibatkan keadaan huru-hara sehingga mengancam keselamatan awam selain berisiko mencetuskan banyak lagi perbuatan balas dendam.



“Saya mengharapkan tidak akan ada apa-apa berlaku masalah ataupun perbuatan khianat yang boleh menyebabkan ada balas dendam. Jadi kalau itu berlaku ia akan menjadikan negeri kita tidak aman.

“Pertama, kita kena sentiasa mengingatkan diri kita jangan melakukan apa-apa perbuatan di luar perikemanusiaan ataupun melanggar undang-undang. Tak kira apa isu ataupun sesiapa jugalah, secara umumnya sesiapa mesti patuh kepada undang-undang.

“Jangan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan ada perbuatan balas dendam. Jadi itu tidak baik untuk negeri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu 2024 Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di sini hari ini.



Saarani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan negeri menasihati serta mengharapkan kejadian itu memberi iktibar kepada seluruh rakyat. Beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang sedang menjalankan siasatan.

Pada awal pagi tadi pukul 2.50 pagi, rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, dibaling bom petrol dan menyebabkan kebakaran yang memusnahkan satu daripada keretanya.

Akibat kejadian itu, tiga kereta musnah dalam termasuk Mercedes E300, yang terbakar kira-kira 80 peratus. Turut terbakar sebahagian ialah kereta Honda CRV, Toyota Hilux, serta bumbung anjung rumah. Utusan

Kebakaran rumah Ngeh, Saarani minta jangan cetus huru-hara



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker