Samun depan bank, lelaki rugi RM150,000

Samun depan bank, lelaki rugi RM150,000

KUANTAN: Seorang lelaki kerugian kira-kira RM150,000 selepas disamun dua lelaki di hadapan sebuah bank di Jalan Beserah, semalam.

Dalam kejadian sekitar 2.15 petang itu, Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 41 tahun itu disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal.



“Ketika kejadian mangsa juga terjatuh hingga terbaring di atas jalan dan suspek melarikan wang yang baru dikeluarkannya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi kerana boleh mengganggu siasatan dan jika mempunyai maklumat berkaitan kes boleh menghubungi IPD Kuantan di talian 09 5652222 atau balai polis berdekatan.

Terdahulu, video memaparkan keadaan mangsa terbaring atas jalan berhadapan bank itu tular di media sosial. FMT



Samun depan bank, lelaki rugi RM150,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai



Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker