Langgar lari penunggang basikal, Polis sedang mengesan saksi kejadian

KLANG – Polis sedang mengesan saksi kemalangan langgar lari melibatkan penunggang basikal dalam kejadian di Batu 1 Jalan Kapar di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, dalam kejadian pada jam 7 pagi, mangsa warga emas dikenali The Hong Goun, 79, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

“Berdasarkan siasatan awal kemalangan berlaku apabila mangsa sedang menyorong basikal hendak melintas jalan.

“Sebuah kenderaan kemudiannya melanggar mangsa sebelum meninggalkan lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa yang parah di kaki, kepala dan badan telah dihantar ke HTAR dan dilaporkan masih koma.

“Polis telah menerima laporan daripada keluarga mangsa hari ini, manakala kenderaan yang melanggar mangsa masih belum berbuat demikian,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di talian 013-4146144 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker