Khairy dijangka tanding kerusi Sungai Buloh

Khairy dijangka tanding kerusi Sungai Buloh

Penyandang kerusi Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hampir pasti disahkan sebagai calon Umno untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sumber Umno Sungai Buloh memberitahu FMT, perkara itu kini hampir pasti.

Bagaimanapun, sumber MIC berkata jentera parti tidak akan menyokong calon Umno di Sungai Buloh, yang dianggap MIC sebagai kerusi tradisi mereka.

Sumber Umno itu berkata, Sungai Buloh mungkin kerusi yang sukar untuk Khairy bertanding, tetapi bahagian itu percaya beliau akan berjaya kerana popularitinya terutama sejak menjadi menteri kesihatan pada Ogos tahun lalu dan menguruskan pandemik Covid-19.

“Popularitinya akan membolehkannya mendapat undi daripada pengundi di sini,” kata sumber itu yang enggan dikenali.

Khairy yang menjadi Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal berkata, bulan lalu beliau diberitahu perlu memberikan laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang juga ketua Umno bahagian Rembau dan bekas menteri besar Negeri Sembilan.

Minggu lalu, Khairy berkata: “Saya hampir pasti akan dihantar ke kawasan yang dikuasai pembangkang dan kemungkinan besar kawasan yang tidak dianggap sebagai kerusi selamat.”

Kerusi Sungai Buloh diwujudkan pada 2018 daripada kerusi Subang dan Kuala Selangor. Ia dimenangi R Sivarasa daripada PKR dengan majoriti 26,634 undi menewaskan calon PAS dan Prakash Rao Applanaidoo daripada MIC, yang menduduki tempat ketiga dengan 16,681 undi, ketinggalan 316 undi di belakang calon PAS.

PRU15 akan berlangsung pada 19 Nov, dengan hari penamaan calon ditetapkan 5 Nov manakala pengundian awal ditetapkan pada 15 Nov. FMT

Khairy dijangka tanding kerusi Sungai Buloh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker