KDN dedahkan 300 pegawai polis ditukar akibat masalah disiplin

KUALA LUMPUR – Seramai 339 pegawai polis yang mempunyai masalah disiplin, terlibat dalam proses pertukaran di seluruh negara sejak 2018 hingga Januari lepas.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan daripada jumlah itu, 294 pegawai atau 86.7 peratus ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai (7.4 peratus) ditukarkan ke Sabah dan 20 pegawai (5.9 peratus) ditukarkan ke Sarawak.

“Pertukaran tersebut dilakukan kerana didapati pegawai polis yang terlibat mempunyai masalah disiplin dan integriti serta melakukan kesalahan jenayah,” menurut jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.



Ia bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai jumlah pegawai polis dari Semenanjung Malaysia yang dipindahkan ke Sarawak atas faktor masalah disiplin.

Menurut KDN, antara isu dan kesalahan dilakukan pegawai yang ditukarkan ialah, mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin sehingga menganggu keharmonian rumah tangga, ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin dan terlibat dalam kegiatan dan aktiviti tidak bermoral.

KDN memaklumkan, pertimbangan dalam membuat keputusan tersebut mengambil kira dasar dan peraturan pertukaran sedia ada, iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004 (Panduan Pertukaran Pegawai Awam) yang menjelaskan pertukaran tidak digunakan sebagai hukuman, kecuali ia dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan. – Bernama,

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai



Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker