Axia baharu harga bermula RM38,600
Axia baharu harga bermula RM38,600
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) melancarkan Perodua Axia serba baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM38,600 hingga RM49,500.
Perodua Axia serba baharu ditawarkan dengan empat varian iaitu G (bermula RM38,600); X (RM40,000); SE (RM44,000); dan AV (RM49,500).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata dengan pelancaran model serba baharu, fokus pengeluar kereta nasional itu terbahagi kepada dua iaitu memaksimumkan penghantaran kepada pelanggan dan menukar tempahan Axia generasi sebelumnya kepada Axia serba baharu.
“Daripada 44,000 tempahan sedia ada, PERODUA dapat meyakinkan 13,600 pelanggannya untuk menukar kepada model terbaharu. Digabung dengan lebih 6,500 tempahan baharu (sejak 31 Januari 2023), kami memiliki jumlah tempahan sebanyak 20,100 unit.
“Kami amat bersyukur dan terdorong dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pelanggan, untuk model baharu ini serta untuk semua produk dan perkhidmatan kami,” katanya pada majlis pelancaran Perodua Axia serba baharu di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin.
Zainal Abidin berkata, PERODUA menyasarkan untuk menjual sebanyak 5,700 unit sebulan, menjadikan sasaran pengeluaran tahunan model itu melebihi 82,000 unit bagi Perodua Axia serba baharu.
“Sasaran 314,000 pendaftaran dan 330,000 pengeluaran kami untuk tahun ini menggambarkan komitmen kami untuk memastikan tempahan anda dapat dihantar dalam masa yang terbaik tanpa menjejaskan kualiti,” katanya.
Di samping pelancaran Perodua Axia serba baharu, PERODUA turut menyerahkan tiga unit kepada pembeli pertama, dengan seramai 2,900 pelanggan dijangka menerima kereta baharu dalam masa terdekat.
Model kompak mampu milik itu menggunakan enjin D-CVT (dwi-mod CVT) 1.0 liter dengan penggunaan bahan api berpotenasi mencecah sehingga 27.4 kilometer per kilometer berdasarkan Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC).
Ia hadir dengan sistem Eco Idle atau butang Start/Stop automatik sekali gus menjadikannya berbeza dengan model terdahulu.
Perodua Axia serba baharu tampil dengan aspek keselamatan, ruang, keselesaan, saiz dan estetika yang diperhalusi.
Dari aspek keselamatan, model serba baharu itu mendapat penarafan empat-bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
Perodua Axia serba baharu didatangkan dengan lima pilihan warna baharu iaitu Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver, Ivory White (solid) Dan Coral Blue (baharu). BH
Axia baharu harga bermula RM38,600
Baca Artikel Menarik:
- Jalan runtuh, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur terputus
- Kadar cukai jalan ikut kuasa kuda sudah lapuk
- Syafiq, Mimi kahwin lepas raya
- Baru seminggu kahwin, suami maut selepas langgar lubang jalan
- ‘Daddy’ berselisih dengan anak, apa nasib Pejuang?
- Pelajar cedera dipukul pak guard lalok
- Adik tumbuk kakak curang pada suami
- Konti radio jadi talian hayat politik Khairy
- Bapa leka main ‘game’ pukul kepala bayi 6 bulan hingga mati
- AJL37 dikritik, rakaman jurukamera jadi bahan netizen
- Kenyataan ‘Sembah Syaitan’, Ustaz Wadi Annuar mohon maaf pada penganut hindu
- Pelajar serah diri selepas buang makanan dalam sungai
- Anwar tolak cadangan Ramasamy untuk kurangkan Melayu dalam perkhidmatan awam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara
Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]