Polis rampas telefon bimbit Firdaus Wong
Polis rampas telefon bimbit Firdaus Wong
TENOM: Saksi pendakwaan keenam membabitkan perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah Ebit Lew, hari ini, memberitahu mahkamah bahawa ada membuat rampasan satu unit telefon bimbit milik pendakwah bebas, Firdaus Wong.
Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak di bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Hirdawaty Isa berkata, beliau telah menerima arahan dari pegawai penyiasat, Superintendan Noor Asyikin Shamsuri bagi menjalankan rampasan sebuah telefon bimbit milik salah seorang saksi pendakwaan, Firdaus Wong pada 28 September 2021, sekitar jam 2 petang.
“Saya dimaklumkan penama akan datang ke pejabat D11, Bukit Aman pada hari berkenaan.
“Sejurus penama tiba di pejabat D11 sekitar jam 7.05 petang, saya kemudiannya mengarahkan Firdaus Wong menyerahkan telefon bimbit milik beliau.
“Saya seterusnya telah mengeluarkan borang pemeriksaan kepada Firdaus Wong,” katanya.
Hirdawaty berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria ketika sesi pemeriksaan utama di Mahkamah Majistret Tenom, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hirdawaty berkata telefon bimbit yang dirampas adalah jenis Iphone XS Max berwarna putih berserta satu kad sim Digi.
Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew disambung di Mahkamah Majistret Tenom bermula hari ini sehingga 10 Februari depan.
Mengenakan pakaian serba hitam dan berkopiah putih, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.10 pagi tadi dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam. BH
Polis rampas telefon bimbit Firdaus Wong
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin PAS dikecam samakan wanita dengan barang
- Pemandu forklift menang BMW
- Aktres Penyondol Hasut Suami Rampas Harta & Ceraikan Isteri Pertama?
- Saya harap Syamsul akan kembali – Yusof Haslam
- ‘Baba Tak Sangka Adik Buat Macam Ni’
- Perhimpunan JPM selesa, penjawat awam tidak perlu berdiri bawah panas
- Dr Akmal umum tanding Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Bahagian Jasin
- Khairy gagal mendapat sokongan orang muda semasa menjadi KP
- Lelaki Indonesia Ini Sekolahkan Netizen Indon Yang Tak Tahu Kewujudan Suku Melayu Di Indonesia
- 3 ADUN Warisan keluar parti
- 8 Hadis Palsu Berkaitan Bulan Rejab Yang Sering Dikongsikan
- Permohonan UPUOnline ke Univeristi Awam dan Politeknik dibuka mulai esok
- Khidmat Naib Canselor UUM dipendekkan kerana aduan oleh penyarah dan lembaga pengarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan
You must be logged in to post a comment.