Kes bunuh babit pegawai di Tawau masih berjalan – KPN

Kes bunuh babit pegawai di Tawau masih berjalan – KPN

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan masih dijalankan terhadap lapan pegawai dan anggota Pasukan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berhubung kes bunuh pemandu e-panggilan di Tawau baru-baru ini.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan terhadap mereka. Ada beberapa perkara yang perlu kita ambil tindakan secara halus lagi,” katanya selepas menghadiri program mendaki bersama PDRM di Taman Persekutuan Bukit Kiara di sini hari ini.



“Kita harap keterangan yang diperolehi dapat membantu pihak pendakwaan membuat kes serta menuduh mereka yang terlibat dalam insiden tersebut.”

Tambahnya, reman ke atas pegawai dan anggota terlibat akan tamat pada 7 Feb.

Dalam kejadian 13 Jan lalu, seorang pemandu e-panggilan ditemukan mati di sebuah ladang sawit dekat Maktab Sains Mara di Batu 5, Tawau.

Susulan itu, beberapa individu, termasuk lapan pegawai dan anggota Esscom serta tiga orang awam, telah ditahan bagi membantu siasatan.



Salah seorang daripadanya, isteri kepada mangsa, telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah dilaporkan berkata, kejadian tersebut dipercayai bermotifkan cemburu dan polis telah menubuhkan pasukan khas Bukit Aman bagi menjalankan siasatan. FMT

Kes bunuh babit pegawai di Tawau masih berjalan – KPN

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya



Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker