Lelaki kelar suami kekasih, tanam belakang banglo

Lelaki kelar suami kekasih, tanam belakang banglo

Seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang sejak Mei tahun lalu ditemui dengan mayatnya ditanam di belakang sebuah banglo, di Subang Jaya selepas mangsa dipercayai disembelih.

Lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan dibunuh pada Mei tahun lalu oleh seorang lelaki yang juga rakan senegaranya selepas tembelang dia menjalinkan hubungan dengan isteri mangsa terbongkar.



Mayat mangsa kemudian dibungkus dalam plastik hitam sebelum ditanam.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya menerima laporan polis daripada orang awam jam 4.45 petang pada 2 Februari lalu berkaitan pengakuan seorang lelaki warga India yang membunuh rakan senegaranya sebelum menanam mayat mangsa.

Katanya, pengakuan berkenaan dibuat di kawasan Ampang Jaya sebelum sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan soal siasat lanjut terhadap suspek.

“Suspek kemudian menunjukkan lokasi kejadian mangsa dibunuh pada Mei tahun lalu iaitu di lereng bukit di belakang sebuah banglo di Subang Jaya.



“Kejadian bunuh itu berlaku di banglo berkenaan yang dijadikan sebagai pusat jagaan orang tua dengan mangsa dipercayai dikelar di leher menggunakan pisau,” katanya menurut Harian Metro.

Wan Azlan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan pihak forensik menemui bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut badan mangsa.

“Susulan itu, kami menahan isteri mangsa dan kekasihnya yang juga warga India serta dua wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun, bekerja di pusat jagaan orang tua berkenaan bagi membantu siasatan.

“Semakan dilakukan mendapati kedua-dua suspek warga India tidak mempunyai pasport dan kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.



Beliau berkata, motif pembunuhan itu dipercayai disebabkan mangsa mengetahui hubungan sulit antara suspek dengan isterinya.

“Suruhanjaya Tinggi India ada membuat laporan polis mangsa hilang pada Mei 2022 selepas menerima aduan daripada ahli keluarganya di India yang memaklumkan lelaki itu tidak dapat dihubungi.

“Setakat ini, senjata pembunuhan dalam kejadian ini (pisau) masih belum ditemui dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah di daerah ini boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut,” katanya. FMT



Lelaki kelar suami kekasih, tanam belakang banglo

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)



Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker