Akar umbi tak setuju jika Zahidi diterima masuk PKR – pemimpin parti

Akar umbi tak setuju jika Zahidi diterima masuk PKR – pemimpin parti

Seorang pemimpin PKR Perlis meminta parti itu meneliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menerima bekas Ahli Parlimen Padang Besar Umno Zahidi Zainul Abidin sebagai ahli.

Naib Pengerusi PKR Perlis Asrul Nizan Abd Jalil berkata, akar umbi tidak senang jika parti terpaksa menerima kemasukan pemimpin lawan menjadi ahli.



“Sebagai sebuah parti membawa agenda reformasi, kita mengalu-alukan sesiapa sahaja ingin menyertai PKR, khususnya untuk menjayakan agenda Malaysia Madani. Namun, kita sudah ada pengalaman sebelum ini di mana adanya pemimpin yang tergolong dalam kategori ‘tong sampah’.

“Berapa ramai sudah pemimpin lawan kononnya tokoh dari parti tertentu masuk ke PKR dan diangkat sehingga mendapat jawatan namun akhirnya mereka khianat dengan menikam kita balik,” katanya, menurut Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Zahidi yang juga bekas ketua Umno Padang Besar memberitahu beliau bersama 100 ahli lain akan menyerahkan borang keahlian PKR kepada ketua bahagian tersebut.

Zahidi dipecat daripada Umno setelah bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Padang Besar dan DUN Titi Tinggi selepas tidak dicalonkan pada PRU15. Beliau digantikan oleh Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan.



Beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen itu apabila sekadar meraih 1,939 undi, dan hilang deposit. Kerusi Parlimen Padang Besar dimenangi calon Perikatan Nasional (PN) Rushdan Rusmi.

Kata Asrul lagi, sekiranya PKR tetap menerima Zahidi sebagai ahli, beliau tidak menolak kemungkinan akar umbi berkecil hati.

“Zahidi merupakan bekas pemimpin Umno dan sekiranya beliau diterima, maka pastinya langkah itu akan menjejaskan hubungan dalam kerajaan perpaduan sehingga memberi kesan di peringkat nasional,” katanya yang juga bekas ADUN Sena. FMT

Akar umbi tak setuju jika Zahidi diterima masuk PKR – pemimpin parti



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)



Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker