Zahidi ‘intai’ Amanah selepas ditolak akar umbi PKR

Zahidi ‘intai’ Amanah selepas ditolak akar umbi PKR

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Zahidi Zainul Abidin kini mengintai peluang menyertai Amanah selepas hasratnya menganggotai PKR menerima pelbagai reaksi ahli parti itu.

Beliau mendakwa menerima maklum balas daripada akar umbi di Padang Besar yang menyarankannya menyertai Amanah bagi membantu penduduk setempat, khasnya berkaitan pertanian memandangkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu merupakan menteri pertanian dan keterjaminan makanan.



“Kita tengah tunggu idea daripada akar umbi sebelum disampaikan kepada pihak di atas (PH) dan kepimpinan Amanah, malah hari ini 150 orang hadir untuk menyertai PH, sama ada PKR atau Amanah.

“Namun, saya lebih condong penyertaan kepada Amanah, malah (pemangku) Setiausaha Amanah Padang Besar (Mat Safar Saad) turut hadir dalam majlis hari ini,” katanya menurut Harian Metro.

Zahidi merujuk kehadiran Mat Safar pada majlis ramah mesra bersama penduduk di Padang Besar yang berlangsung hari ini.

Baru-baru ini, Zahidi yang juga bekas ketua Umno Bahagian Padang Besar berkata, beliau bersama 100 ahli lain akan menyerahkan borang keahlian PKR kepada ketua bahagian itu.



Bekas timbalan menteri komunikasi dan multimedia itu dipecat Umno selepas bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Padang Besar dan DUN Titi Tinggi pada PRU15.

Bagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen itu apabila sekadar meraih 1,939 undi dan hilang deposit. Kerusi Parlimen Padang Besar dimenangi calon Perikatan Nasional, Rushdan Rusmi.

Terdahulu, Naib Pengerusi PKR Perlis, Asrul Nizan Abd Jalil dilaporkan meminta parti itu meneliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menerima Zahidi sebagai ahli yang bakal menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan akar umbi. FMT

Zahidi ‘intai’ Amanah selepas ditolak akar umbi PKR



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)



Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker