Lelaki baling botol arak ke jalan raya dikenal pasti

Lelaki baling botol arak ke jalan raya dikenal pasti

Individu yang dirakam membaling botol minuman keras ke arah jalan raya Lebuhraya Akleh, berhampiran susur keluar ke Jalan Sultan Ismail, di sini, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pada masa ini proses mengesan suspek sedang dilakukan.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sudah mengenal pasti individu terbabit dan tindakan mengesannya sedang dilakukan.

“Polis juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, perbuatan iaitu suatu kesalahan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai untuk tidak terbabit dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang dan mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.

Rakaman video berdurasi 1 minit 43 saat dimuat naik oleh pemilik akaun aplikasi Tiktok atas nama @syrupboy memaparkan kejadian seorang lelaki membaling botol.

Berdasarkan rakaman itu suspek seorang lelaki membaling botol dari sebuah residensi mewah di Jalan Cendana, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Botol berkenaan dibaling ke arah jalan di Lebuhraya Akleh dari arah Ampang menuju ke pusat bandar raya, ketika kesesakan berlaku. HM

Lelaki baling botol arak ke jalan raya dikenal pasti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker