PRN: BN Selangor sedia runding kerusi dengan PH

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengadakan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) sebaik selesai mengadakan perbincangan mengenai pengagihan kerusi dengan komponen parti terdiri daripada MCA dan MIC peringkat negeri dalam waktu terdekat.

Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, perjumpaan dengan PH itu akan dimuktamadkan selepas semua komponen BN bersetuju mengenai jumlah kerusi bakal ditandingi BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijangka diadakan selewat-lewatnya.

“(Rundingan) kita serah kepada PH untuk memikirkan bagaimana kita boleh memulakan rundingan secara semangat Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Kumpulan Muara di sini pada Jumaat.

Megat Zulkarnain berkata, secara dasarnya UMNO Selangor telah mengenal pasti kerusi yang bakal ditandingi termasuk lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Angkanya (jumlah kerusi ditandingi UMNO) tak perlu kita maklum sekarang dan selepas ia dipersetujui, maka itu keputusan yang akan kita patuhi dan kita akan pastikan untuk tandingi dalam PRN Selangor,” ujar beliau.

Bagaimanapun, jelas beliau, bayangan kerusi bakal ditandingi peringkat negeri itu sudah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita akui dalam PRU15, kita tak berjaya di peringkat Parlimen, tetapi masih mempunyai jumlah undi banyak terutama di kawasan majoriti Melayu,” ujarnya.

Sebelum ini, PH Selangor sedia berbincang dengan BN dalam masa terdekat untuk membuat persiapan PRN.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker