Kos ujian RT-PCR sukar diturunkan – APHM

 

KUALA LUMPUR: Hospital dan klinik swasta sukar menurunkan caj saringan COVID-19 kerana kebanyakannya menggunakan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang jauh lebih mahal berbanding Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag).

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh, berkata pengamal swasta menggunakan RT-PCR kerana keputusannya lebih tepat berbanding kaedah lain.

“Purata caj bagi ujian RT-PCR di hospital swasta ialah antara RM300 hingga RM400.

“Agak mustahil untuk harganya diturunkan kerana prosedur ini bukan dilakukan oleh mesin tetapi menggunakan sumber manusia.

“Bagaimanapun, kami sedia berbincang mengenai harga bersesuaian sekiranya kerajaan memperuntukkan subsidi bagi tujuan itu,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Semalam, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, menyarankan kerajaan berunding dengan klinik dan hospital swasta bagi penetapan harga lebih rendah untuk ujian saringan COVID-19 menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag).

Permintaan terhadap ujian Covid-19 meningkat susulan kenaikan kes

Ia bagi menggalakkan lebih ramai individu terutama pekerja asing yang tidak berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tampil secara sukarela.

Dr Kuljit berkata, ujian saringan menggunakan RTK-AG hanya digunakan di hospital swasta membabitkan kes kecemasan.

“Lazimnya, RTK-Ag digunakan bagi kes kecemasan seperti pembedahan yang memerlukan keputusan saringan COVID-19 diketahui dengan segera.

“Saya sedar ia digunakan secara meluas, bahkan banyak agensi menggunakan kaedah saringan ini.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh ulas mengenai harganya kerana kebanyakan hospital swasta tidak menggunakan kit ini,” katanya.

Pesakit Covid-19 mungkin perlu bayar rawatan di hospital swasta

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker