Bekas ADUN Sanglang cedera dipukul di masjid

Bekas ADUN Sanglang cedera dipukul di masjid

KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera pada bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai bermasalah mental di Masjid Alwi, Pusat Bandar Kangar di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Datuk Md. Zain Hamzah, 86, mengalami kecederaan selepas dipukul lelaki terbabit di dalam kawasan masjid berkenaan.



Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pada mulanya, mangsa yang juga pesara kerajaan itu berada di dalam kenderaan untuk mendengar tazkirah sehingga jam 5.30 pagi.

“Setelah selesai, mangsa sedang menuju ke arah hadapan masjid untuk mengisi duit dalam tabung anak yatim tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek dalam keadaan mengamuk kemudiannya menyerang serta memukul mangsa menyebabkan warga emas itu terjatuh dan mengalami kecederaan pada bahagian sebelah kanan kepala.

Md. Zain pernah menjadi ADUN Sanglang selama dua penggal sejak 1978 hingga 1986 di bawah tiket UMNO-Barisan Nasional



Menurut Yusharifuddin, mangsa kemudiannya meminta bantuan kepada pengawal keselamatan masjid untuk menghubungi pihak kecemasan dan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah bagi mendapatkan rawatan.

“Polis kemudiannya bertindak menahan seorang lelaki berusia 65 tahun yang ditahan di masjid berkenaan dan motif serangan sedang disiasat. Suspek juga dipercayai mengalami masalah mental,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan manusia. K Online

Bekas ADUN Sanglang cedera dipukul di masjid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)



Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker