Anwar terus cabar penggantungan Parlimen pada 2021

Anwar terus cabar penggantungan Parlimen pada 2021

Anwar Ibrahim meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin menasihatkan Yang di-Pertuan Agong menggantung Parlimen semasa darurat pada 2021.

Peguam Anwar, Sangeet Kaur Deo, berkata beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk menghujahkan kes itu sejak Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran tahun lepas.



“(Anwar) telah memberikan persetujuan untuk meneruskan rayuan walaupun dilantik sebagai perdana menteri,” katanya kepada FMT.

Mahkamah Persekutuan dijadual menetapkan tarikh pendengaran rayuan hari ini.

Anwar, ketika itu Ahli Parlimen Port Dickson, memfailkan semakan kehakiman pada 26 Jan 2021, menamakan Muhyiddin dan kerajaan sebagai responden.

Pada 25 Mei tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan Anwar dan empat wakil rakyat lain untuk meneruskan rayuan mereka.



Panel tiga hakim diketuai hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, dalam keputusan majoriti 2-1, meluluskan permohonan kebenaran oleh Anwar dan Ahli Parlimen lain untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan.

Hakim Nallini dan Vernon Ong memutuskan memihak kepada pemohon manakala Hakim Zabariah Yusof menentang.

Mereka sebelum ini gagal mendapatkan kebenaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Johor Bahru pada 2021 atas alasan bahawa pengisytiharan darurat oleh Agong dan ordinan berkaitan yang digubal tidak boleh dipertikai menerusi semakan kehakiman.

Peguam Negara Idrus Harun telah membantah permohonan kebenaran tersebut.



Pada 24 Nov 2021, Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan kelima-lima individu tersebut, dengan menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan sebarang permohonan semakan kehakiman walaupun kebenaran telah diberikan.

Antara lain, Anwar memohon deklarasi mahkamah bahawa keputusan Jemaah Menteri, yang diketuai oleh Muhyiddin, menasihatkan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengisytiharkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, yang membawa kepada penggantungan Parlimen, bercanggah dengan perlembagaan, menyalahi undang-undang, tidak memberi kesan dan bersifat ultra vires.

Anwar memfailkan lapan persoalan undang-undang bagi mendapatkan kebenaran daripada mahkamah agar merit aduan – bahawa darurat itu tidak perlu dan Jemaah Menteri memberi nasihat yang salah kepada Agong – didengar.

Pemohon lain, yang turut mencabar keperlembagaan pengisytiharan darurat serta penggantungan Parlimen dan DUN, mengemukakan dua persoalan undang-undang yang lazim. FMT



Anwar terus cabar penggantungan Parlimen pada 2021

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)



Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker