Shuib pilih Watie pengganti Siti Sarah

Shuib pilih Watie pengganti Siti Sarah

Pelawak dan penyampai radio, Shuib akhirnya mengakui wanita yang kerap dikaitkan dengannya sejak akhir-akhir ini, iaitu Watie Hanifiah, memiliki ciri seakan-akan sama dengan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Jelas lelaki berusia 38 tahun itu, ciri-ciri itu yang menjadi faktor hubungan mereka menjadi rapat.



Bagaimanapun, Shuib menepis dakwaan bakal berkahwin dengan Watie pada Mac ini dan hanya akan mengumumkan sekiranya sudah punyai tarikh kelak.
Terbaharu, pasangan itu dilihat hadir berpakaian sedondon pada konsert Lah Ahmad hujung minggu lalu.

“Dia juga merupakan seorang wanita yang boleh terima saya seadanya dan saya sangat selesa dengan dia yang juga penyayang dan boleh diharap serta penyabar.

“Kalau nak tahu, dia sendiri ada seorang kakak OKU (Orang Kelainan Upaya) yang tidak boleh berjalan dan dialah yang menjaganya sejak dari kecil,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Kamya Fest di sebuah hotel, semalam.

Shuib yang memiliki empat orang anak mengakui Watie merupakan wanita yang kerap kali cuba menggembirakannya.
Malah dia juga menyifatkan Watie seorang wanita yang berdikari dan boleh diharap.



“Dia juga pandai masak, macam-macam masakan! Dia juga seorang wanita berdikari dan boleh diharap. Itu yang luar biasa,” katanya.

Sementara itu, Shuib selaku penganjur bersama Kamya Fest anjuran Erna Elliyana berkata, festival itu bakal diadakan selama tiga hari bermula 10 Februari ini di Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Jelasnya, Kamya Fest menyasarkan 70,000 pengunjung dengan kehadiran lebih 300 vendor dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana yang menjual pelbagai produk, minuman dan makanan. MG

Shuib pilih Watie pengganti Siti Sarah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali



Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker