Pelanggan Louis Vuitton ditikam, darah berlumuran di lantai
Pelanggan Louis Vuitton ditikam, darah berlumuran di lantai
Pelanggan sebuah gedung barangan mewah di London, Harrods terkejut melihat ‘kolam darah’ selepas seorang lelaki ditikam di salah sebuah kedai di premis itu, lapor akhbar The Sun.
Seorang lelaki berusia 29 tahun ditikam di kedai Louis Vuitton selepas mangsa menjadi sasaran penyamun untuk melarikan jam tangan mewah yang dipakainya.
Dia dikejarkan ke hospital dalam kejadian malam kelmarin. Beberapa anggota polis bergegas ke lokasi kejadian, namun suspek yang bersenjatakan pisau berjaya melarikan diri.
Insiden itu disaksikan oleh seorang lelaki bersama anak perempuannya ketika mereka berada di dalam kedai tersbeut.
Ronnie Chopra, 49, berkata: “Saya dan anak perempuan saya berada di kedai Louis Vuitton di tingkat dua ketika kejadian berlaku.
“Kami berada di bilik bersebelahan menunggu untuk melihat dompet lelaki kerana anak perempuan saya ingin membelikan saya hadiah hari jadi.
“Kami tidak melihat kejadian sebenar, tetapi terdengar pelanggan lain berkata suspek memegang pisau dan menetak lengan seseorang ketika cuba mendapatkan jam tangannya.
“Ketika ingin meninggalkan kedai itu, terdapat kolam darah di lantai dan anak perempuan saya berusia 13 tahun, Anoushka terpaksa melaluinya” katanya.
Mangsa dilaporkan masih dirawat di hospital akibat kecederaan yang dipercayai tidak mengancam nyawa. K Online
Pelanggan Louis Vuitton ditikam, darah berlumuran di lantai
Baca Artikel Menarik:
- Khairy mahu jadi PM walau kini tanpa parti
- Zahidi masuk PKR, dakwa ramai pemimpin lain akan ikut
- Biar polis siasat – Fyna
- Umno mampu lahirkan lebih ramai Khairy, Shahril Hamdan
- Pelantikan saya bukan untuk kuatkan kelompok tertentu – Khaled
- UMNO terpaksa telan sejarah pahit demi bersihkan parti
- Tak pasal cari pasal
- Jika tidak digantung, Shahril Hamdan sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO
- Anak Najib umum tanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO
- Anwar lantik anak jadi penasihat kanak kewangan dan ekonomi
- Tutur dialog lucah, Maszlee mohon maaf
- Apakah perkataan khianat tiada dalam kamus Hishammuddin , tanya Puad
- 700 juta lebih tidak logik – TMJ
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri
Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]