Hidu air kencing sembuhkan penyakit resdung?

Hidu air kencing sembuhkan penyakit resdung?

Jabatan Perkhidmatan Perubatan Thailand memberi amaran kepada orang ramai bahawa perbuatan menghidu air kencing tidak akan menyembuhkan penyakit resdung, lapor laman berita Thaiger semalam.

Jabatan itu berkata, tiada bukti semasa atau boleh dipercayai untuk menyokong dakwaan bahawa tindakan memasukkan air kencing ke dalam hidung boleh menyembuhkan sakit kepala.



Bagaimanapun, ia akan membahayakan kesihatan manusia.

Perkara itu tular selepas seorang pakar yoga dari Britain, Sam Cohen, 41, mendakwa bahawa dia tidak mengalami selesema sejak 20 tahun lalu selepas memasukkan air kencing ke dalam lubang hidung setiap kali pergi ke tandas.

Cohen dikatakan turut meminum dan membawa secawan air kencing selepas menganggap bahawa ia mampu menyembuhkan segala penyakit.

Jabatan itu menggesa orang ramai untuk tidak menyebarkan perkara itu di media sosial, selain menegaskan bahawa tindakan memasukkan air kecil ke dalam hidung untuk menyembuhkan resdung sebagai berita palsu. K Online



Hidu air kencing sembuhkan penyakit resdung?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan



Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker