Tiga Polis Trafik ditahan kes minta RM100

Tiga Polis Trafik ditahan kes minta RM100

IPOH: Tiga anggota Polis Trafik ditahan reman tiga hari mulai hari ini untuk siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman trafik, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang ditahan itu berusia 37 hingga 42 tahun.



Beliau berkata, ketiga-tiganya kini dalam tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan kes yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu.

Katanya, mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan; Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Siasatan kes itu diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan dilengkapkan.

“Selain itu siasatan dalaman juga dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.



“JSPT Perak terkesan video berkenaannya semalam apabila anggota trafik itu menahan pelancong yang dalam edisi Jelajah Malaysia dan menawarkan bayaran saman dengan menerima suapan RM100,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pagi tadi, Mohd Yusri mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti anggotanya yang terbabit dalam kejadian tular itu yang membabitkan pasangan pelancong itu yang juga pencipta kandungan media sosial YouTube atau ‘Youtuber’ bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik.

Pemilik akaun laman sosial ‘X’ bernama @TREADtheglobe yang dipercayai dimiliki pasangan pelancong dari UK yang dikenali di YouTube sebagai ‘UK Van Lifers’ itu memuatnaik hantaran ciapan malam tadi bahawa mereka sudah berhubung dengan polis Malaysia dan sedia bantu berikan kerjasama terhadap siasatan yang dijalankan mengenai kes itu.

Mohd Yusri berkata, polis menggesa mangsa kes itu tampil memberi kerjasama agar siasatan dapat dilengkapkan seberapa segera, di samping menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes itu sehingga menjejaskan siasatan.



“Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menegaskan, kami memandang serius terhadap integriti dan tingkah laku warga PDRM serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku yang dilakukan oleh mana-mana warganya.

“Polis turut mengalukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222,” katanya.

Kejadian warga asing itu disaman polis Malaysia tular apabila perbuatan warga PDRM itu kononnya menawarkan diskaun saman kepada pasangan warga UK selepas mereka ditahan bagi kesalahan memandu melebihi had laju, sempat dirakam.

Anggota terbabit mendakwa pasangan berkenaan memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di laluan itu iaitu 60 km/j sebelum mengeluarkan saman.



Bagaimanapun, anggota polis itu kemudiannya menawarkan diskaun saman berkenaan daripada RM300 menjadi RM100 jika dibayar terus kepadanya iaitu tanpa dibayar di balai polis.

Menerusi klip video tular itu, pasangan berkenaan menjelaskan keliru dengan tindakan anggota polis terbabit, namun memilih menerima tawaran diskaun berbanding membuat pembayaran di balai. BH

Tiga Polis Trafik ditahan kes minta RM100

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker