Bekas pengarah syarikat dilepas, bebas tuduhan kemuka dokumen palsu

Dua bekas pengarah syarikat dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada syarikat Grant Thornton Malaysia PLT berhubung penjualan dan pelupusan mesin terpakai bernilai RM2.95 juta, dua tahun lepas.

Peguam Amer Hamzah Arshad berkata Hakim Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Pengarah GIIB Rubber, Wong Ping Kiong, 60, dan Tai Boon Wee, 63, untuk mengetepikan semua pertuduhan berkenaan.

“Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan dan membenarkan permohonan anak guam untuk mengetepikan pertuduhan. Oleh itu, mereka dilepaskan dan dibebaskan,” kata peguam yang mewakili Wong dan Tai ketika dihubungi.

Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How mengesahkan perkara tersebut.

Berdasarkan notis usul, Wong dan Tai selaku pemohon memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 selain memohon supaya mereka dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Notis itu difailkan antaranya atas alasan kedua-dua pemohon tidak boleh dikatakan ‘berniat’ untuk memperdaya atau mengelirukan syarikat pengauditan Grant Thornton jika dokumen yang dirujuk tidak ada kaitan dengan syarikat berkenaan.

Pada 13 Jan lepas, Wong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada syarikat Grant Thornton Malaysia PLT berhubung penjualan mesin terpakai yang tidak wujud berjumlah RM2.95 juta.

Tai pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersuhabat melakukan perbuatan itu.

Bagi pertuduhan pertama, Wong didakwa mengemukakan nota debit GIIB Rubber bertarikh 30 Dis 2019 mengandungi butiran palsu kepada pengurus audit Grant Thornton, Tam Siew Ping berhubung penjualan enam unit mesin terpakai bernilai RM2.95 juta kepada Top Rate Engineering Works.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat memperdayakan syarikat pengauditan tersebut walhal penjualan mesin berkenaan tidak berlaku.

Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, Wong didakwa mengemukakan dokumen palsu kepada individu sama agar kebenaran diberikan kepada Goodway Rubber Industries Sdn Bhd., untuk melupuskan mesin sama bernilai RM2.95 juta kepada Top Rate Engineering.

Semua perbuatan itu dilakukan di pejabat Grant Thornton Malaysia, Sheraton Imperial Court, Jalan Sultan Ismail di sini antara Januari dan Februari 2021.

Wong didakwa mengikut Seksyen18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Tai didakwa bersubahat mengikut Seksyen 28(1)(c) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18 akta itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker