Jennifer Lopez Dan Ben Affleck Umum Bertunang Sekali Lagi! [VIDEO]

Jennifer Lopez Dan Ben Affleck Umum Bertunang Sekali Lagi! [VIDEO]

SELEPAS lebih dua dekad sejak bertemu buat pertama kali, Jennifer Lopez dan Ben Affleck sekali lagi mengikat tali pertunangan.

Lopez atau lebih dikenali JLo mengumumkan berita gembira itu kepada peminatnya menerusi platform surat berita On the Jlo.

Perkongsian itu dibuat beberapa hari selepas JLo dilaporkan memakai cincin pertunangan awal minggu ini.
Mesej tersebut mengandungi klip video yang memaparkan penyanyi itu memakai sebentuk cincin berlian hijau, yang turut dikongsikan oleh adik perempuannya, Lynda Lopez di Instagram.

Pasangan yang dikenali sebagai ‘Bennifer’ menghidupkan semula api cinta apabila kembali menjalinkan hubungan bermula tahun lalu.

Affleck, 49 dan Lopez, 52, bertemu buat pertama kali ketika penggambaran filem Gigli pada 2001.

Susulan itu, Bennifer menjadi antara pasangan tumpuan Hollywood dan mengumumkan pertunangan pertama mereka pada November 2002.

Namun, mereka menangguhkan majlis perkahwinan mereka hanya beberapa hari sebelum dijadualkan berlangsung pada September 2003, dan akhirnya mengesahkan ikatan pertunangan mereka ternoktah pada Januari 2004.

JLo mempunyai dua anak kembar berusia 14 tahun, Emme dan Max bersama bekas suami Marc Anthony manakala Affleck pula memiliki tiga cahaya mata bersama bekas isteri, Jennifer Garner, iaitu Violet, 16, Seraphina 13, dan Samuel, 10.-People

Jennifer Lopez Dan Ben Affleck Umum Bertunang Sekali Lagi! [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker