Penjual pisang goreng tular wajah setampan pelakon Korea

Penjual pisang goreng tular wajah setampan pelakon Korea

Seorang penjual gerai tepi jalan di Surabaya, Indonesia menjadi tular apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon dari Korea Selatan, lapor laman Solopos, hari ini.

Menerusi klip video yang dimuat naik di laman instagram @lambre_tuah, ramai pelanggan sanggup beratur panjang semata-mata mahu bergambar dengan pemuda itu.

Lelaki berbadan sasa dan berkulit putih itu menjual pelbagai snek tradisional bergoreng seperti pisang goreng, tempe goreng dan avokado goreng.

Nama gerai lelaki itu juga seperti sepadan dengan ketampanan wajah pemiliknya iaitu ‘Gorengan Penggoda Iman’.

Menurut pemuda itu, dia tidak menyangka video yang menunjukkan dia sedang menjual kentang goreng tular di media sosial.

Dia juga tidak menyangka ramai yang menghargai video tersebut.

“Terima kasih semua atas penghargaan ini. Saya tidak sangka ia mendapat sambutan hebat daripada netizen,” tulisnya di laman Instagram @lie_buntaran. K Online

Penjual pisang goreng tular wajah setampan pelakon Korea


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker