Hujan peringkat bahaya di Johor dan Sabah, tahap buruk di Pahang
Hujan peringkat bahaya di Johor dan Sabah, tahap buruk di Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan peringkat bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah, hari ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan daerah di Johor yang terbabit adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala di Sabah membabitkan daerah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Amaran berkenaan dikeluarkan menerusi Kemas Kini Amran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan MetMalaysia pada jam 6.30 pagi tadi.
Dalam pada itu, katanya hujan berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di Pahang membabitkan daerah Pekan dan Rompin; Negeri Sembilan; Melaka serta tiga daerah lain di Johor iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.
“Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak iaitu di daerah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei & Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) serta negeri Sabah iaitu di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Lahad Datu).
“Amaran hujan berterusan peringkat waspada juga dikeluarkan di tiga daerah di Pahang iaitu Maran, Kuantan dan Bera serta Sarawak iaitu di Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) selain kawasan Togod di Sandakan, Sabah,” katanya.
MetMalaysia turut meramalkan angin kencang 50 hingga 60 kilometer sejam (km/jam) dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh itu. BH
Hujan peringkat bahaya di Johor dan Sabah, tahap buruk di Pahang
Baca Artikel Menarik:
- Kakitangan kerajaan negeri terima bonus dikecualikan cukai – Anwar
- ‘Kelakuan jengkel’ Shafee meletihkan mahkamah – Zaid
- Sudah macam ‘gila talak’
- Shahrir sindir Ambiga, bila kawan sendiri kena baru salah guna kuasa
- Ramasamy tak puas hati hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK
- Intel beri komitmen pelaburan RM30 bilion
- Jual rumah, kereta akibat gaji tertunggak
- Anwar mampu kembalikan martabat Malaysia – Abang Johari
- “Masa Kahwin, I Buang Karier, I Fokus Jaga Suami & Anak-Anak” – Luah Puteri Sarah
- Kedekut nak beri beg plastik, lelaki naik angin rempuh kedai serbaneka
- Umno Alor Setar buat pusing U, akur jawatan ‘top 2’ tak dipertandingkan
- Myvi buat hal rempuh Hilux (Video)
- 10 Sebab Kenapa Kerajaan Perlu Hapuskan Monopoli Touch ‘n Go
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kantoi berbogel bersama ibu mentua
Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson
You must be logged in to post a comment.