Tanah runtuh, Jalan Sungai Tiram – Ulu Tebrau ditutup

Tanah runtuh, Jalan Sungai Tiram – Ulu Tebrau ditutup

KOTA TINGGI: Jalan Sungai Tiram – Ulu Tebrau (J08) yang menghubungkan Seelong dan Felda Ulu Tebrau menghala ke Kota Tinggi ditutup sementara kepada semua kenderaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulai dalam kenyataan memaklumkan notis penutupan itu berikutan tanah runtuh di bahu jalan akibat hujan lebat.

Kenyataan turut menjelaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah hadir awal untuk melaksana pemantauan dan penyediaan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) sementara.



“Hasil pemeriksaan pihak JKR, pergerakan tanah masih berlaku dan Jalan itu akan ditutup bermula dari persimpangan Jalan Kulai – Kota Tinggi FT094 (ke Felda Ulu Tebrau) sehingga ke Pusat Pelupusan Sampah (SWM) sementara pemeriksaan terperinci dilaksanakan.

“Pemasangan TMP, papan tanda lencongan telah dilakukan sebagai hebahan dan pemasangan kanvas dilaksanakan bagi mengurangkan berlaku hakisan yang lebih besar di lokasi kejadian. Tempoh penutupan jalan akan ditentukan selepas pemeriksaan lanjut.

“Cadangan laluan alternatif yang boleh dilalui dari Felda Ulu-Tebrau – Jalan Seelong (J02) – Jalan Lapangan Terbang Senai (FT16) – Jalan Persekutuan Johor Bahru – Air Hitam (FT001) – Jalan Kulai – Kota Tinggi (FT94) – Kota Tinggi,” maklum notis terbabit.

Selain itu, Jalan Utama Johor Bahru – Kuantan di Mersing iaitu di FT003 Landmark SM Anjung Batu (berhampiran Pintu Gerbang Mersing) ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana dinaiki air banjir.



“Pengguna jalan raya boleh melalui jalan alternatif iaitu Jalan Sri Pantai – Bandar Mersing,” menurut kenyataan itu.

Di Segamat, Jalan Senai – Gemas (FT001) Seksyen 150 dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, memaklumkan dua lagi jalan utama iaitu Jalan Ladang Siang J223 di Kota Tinggi dan Jalan Jabi – Bukit Tempurung J516 juga di Segamat masih ditutup kepada semua jenis kenderaan.

“Ketiga-tiga jalan ini ditenggelami banjir dan tidak boleh dilalui sebarang kenderaan termasuk kenderaan berat.



“Manakala Jalan Senai – Gemas FT001 di Segamat, yang terputus hubungan semalam akibat banjir sudah boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Di Mersing jalan terputus hubungan membabitkan jalan utama Johor Bahru – Endau (FT003) yang dibuka satu lorong sahaja.

“Sementara itu, Jalan Jemaluang – Batu Pahat FT050 hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja, dan ditutup kepada kenderaan ringan,” menurut kenyataan itu. BH

Tanah runtuh, Jalan Sungai Tiram – Ulu Tebrau ditutup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker