Dasar kerajaan terdahulu akan diteruskan – Anwar

Dasar kerajaan terdahulu akan diteruskan – Anwar

Dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu akan diteruskan jika ia tidak dibelenggu oleh “isu besar”, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini kerana penarikan balik dasar tertentu akan membawa kepada gangguan.



“Sebagai peraturan umum, pengumuman sebelumnya harus dihormati walaupun ada yang mungkin kami tidak bersetuju. Jika tidak, ia akan menyebabkan banyak gangguan,” katanya pada forum di Brunei Darussalam semalam.

Bagaimanapun, Anwar berkata dasar yang mengandungi “kepincangan serius” akan dikaji semula.

“Jika beberapa peruntukan melanggar prinsip asas tertentu, atau jika ia dilakukan melalui cara yang meragukan, saya tidak akan melakukannya (mengekalkan polisi),” katanya.

Beliau menjawab soalan hadirin mengenai pengecualian tambahan cukai ke atas pendapatan asing.



Tahun lepas, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan kelayakan pengecualian cukai tambahan bagi pembayar cukai dengan pendapatan dividen luar negara yang diterima semasa tinggal di Malaysia dari 1 Jan 2022 hingga 31 Dis 2026. FMT

Dasar kerajaan terdahulu akan diteruskan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker