Ahli UMNO gesa JPPM siasat usul tambahan bercanggah perlembagaan UMNO
Ahli UMNO gesa JPPM siasat usul tambahan bercanggah perlembagaan UMNO
Dua ahli UMNO hari ini mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meneliti laporan persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 mengandungi usul tambahan berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan akan datang, yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan parti.
Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir, berkata perkara itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.
“Peraturan UMNO, Perenggan 10 menyatakan semua usul perlu disampaikan selewatnya 14 hari sebelum hari persidangan dan tujuh hari jika diusulkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
“Dalam UMNO ada klausa, boleh masukkan usul pada hari persidangan tapi dengan dua syarat iaitu MKT mesti menerangkan usul terbabit, tapi ini tidak berlaku… MKT tidak langsung menerangkannya, keduanya, usul itu mesti ‘public interest’, tapi usul berkenaan tidak, ia hanya untungkan dua orang sahaja.
“Sebab itu hari ini kita bawa ke ROS kerana kita rasa memang apa yang diputuskan pada PAU betul tetapi apabila ia bercanggah dengan perlembagaan parti ia tidak boleh diguna pakai,” katanya selepas menghantar surat aduan kepada ROS hari ini.
Turut bersama beliau ialah seorang lagi ahli UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.
Muhammad Aizat Fikri memaklumkan mengadakan pertemuan dan menyerahkan aduan terbabit kepada Pengarah Bahagian Siasatan ROS.
“ROS kata mereka akan siasat, kalau ada asas mereka akan panggil pihak berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau juga menegaskan, usul tambahan terbabit tidak membawa suara hati akar umbi sebaliknya dikemukakan oleh wakil UMNO Negeri Sembilan pada PAU terbabit.
“Kita minta kelulusan usul itu pada PAU di lihat semula, cara aturan usul itu dibawa tidak betul.
“Kita ahli UMNO yang punya suara dan saya minta juga kepada ahli di luar sana yang mana rasa takut, segan tidak payah segan, ini suara kita,” katanya.
Ditanya sama ada tidak takut berdepan tindakan tatatertib parti kerana membuat laporan kepada ROS, beliau berkata perkara itu terserah kepada parti.
“Kami tidak ada masalah (berdepan tindakan) kerana kami berjuang untuk perkara yang benar,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Fiqri Firdaus berkata, terdapat elemen kemandulan demokrasi UMNO pada usul tambahan terbabit.
“Apabila ada usaha sebegini, kaji balik. Daripada kuota, terus kepada 160,000 perwakilan, ia bersifat progresif.
“Jadi sekurang-kurangnya ia perlu di bawa ke 191 bahagian. Itu adalah salah satu rasional kenapa kami bawa ke ROS bagi memeriksa jika ada pertikaian terhadap usul berkenaan,” katanya.
PAU 2022 baru-baru ini meluluskan usul tambahan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang perlu dibuat sebelum 19 Mei depan, walaupun beberapa perwakilan membuat bantahan ketika berbahas Ucapan Dasar Presiden.
Antaranya, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, yang mewakili UMNO Wilayah Persekutuan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad yang mewakili Johor.
Peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi, turut mendakwa bahawa usul tambahan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan yang diluluskan di PAU 2022 tidak sah kerana melanggar peraturan parti itu sendiri.
Bagaimanapun Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata usul tambahan berkenaan bukan usul haram seperti didakwa sebaliknya kaedah usul itu dibawa dibolehkan seperti mana Perkara 20 Peraturan Persidangan UMNO yang berkaitan dengan pindaan usul. BH
Ahli UMNO gesa JPPM siasat usul tambahan bercanggah perlembagaan UMNO
Baca Artikel Menarik:
- Kakitangan kerajaan negeri terima bonus dikecualikan cukai – Anwar
- ‘Kelakuan jengkel’ Shafee meletihkan mahkamah – Zaid
- Sudah macam ‘gila talak’
- Shahrir sindir Ambiga, bila kawan sendiri kena baru salah guna kuasa
- Ramasamy tak puas hati hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK
- Intel beri komitmen pelaburan RM30 bilion
- Jual rumah, kereta akibat gaji tertunggak
- Anwar mampu kembalikan martabat Malaysia – Abang Johari
- “Masa Kahwin, I Buang Karier, I Fokus Jaga Suami & Anak-Anak” – Luah Puteri Sarah
- Kedekut nak beri beg plastik, lelaki naik angin rempuh kedai serbaneka
- Umno Alor Setar buat pusing U, akur jawatan ‘top 2’ tak dipertandingkan
- Myvi buat hal rempuh Hilux (Video)
- 10 Sebab Kenapa Kerajaan Perlu Hapuskan Monopoli Touch ‘n Go
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson