‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

#PRU15

‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob berkata dia menyahrahsia laporan siasatan berkenaan buku bekas peguam negara Tommy Thomas agar ia dapat dijadikan “peluru” untuk menyerang PH.

Dalam satu program di Bagan Datuk semala, Ismail Sabri menggesa jentera BN untuk menggunakan hasil siasatan untuk menyerang lawan mereka dalam PRU akan datang.

“Saya dah beri peluru. Dalam kes Thomas, kita dedahkan kepada umum (laporan) jawatankuasa khas yang menyiasat. Saya dah beri peluru banyak.

“Saya minta menteri undang-undang supaya siarkan (laporan) di laman web mereka, perincian apa yang dilakukan, kesalahan yang dilakukan Tommy Thomas.

“Saya beritahu peguam negara ambil tindakan segera di bawah Akta Rahsia Rasmi, di bawah (pertuduhan) fitnah dan sebagainya,” katanya yang juga naib presiden Umno.

“Kalau (isu tersebut) sudah dibawa, jangan tinggal begitu saja. Kita kena capitalise isu ini untuk serang mereka,” katanya lagi.

Peluru terhadap Mahathir

Pada minggu lalu, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan setuju untuk menyahklasfikasi dan mendedahkan kepada umum Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas buku memoir yang ditulis bekas Peguam Negara, Tommy Thomas bertajuk “My Story: Justice in The Wilderness”.

Pengumuman itu dibuat setelah tiga hari Parlimen dibubarkan.

Siasatan itu untuk memastikan jika Thomas melanggar sejumlah undang-undang termasuk Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta SPRM.

Ketika membuat pengumuman itu, Ismail Sabri juga memaklumkan satu lagi pasukan petugas mendapati Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri ada kemungkinan cuai dan khilaf dalam isu tuntutan Pulau Batu Puteh.

Dia berkata ia berhubung arahannya kepada pasukan perundangan untuk tidak meneruskan permohonan dalam pertikaian dengan Singapura sebelum perkara itu dibincangkan dalam Kabinet.

Dalam acara semalam, Ismail Sabri merujuk maklumat itu sebagai “senjata” BN terhadap Mahathir.

“Dalam kenyataan saya sebut ada kemungkinan kecuaian di pihak Dr Mahathir…ini point untuk kita. Jangan kita biarkan, kita mesti mainkan isu ini,” katanya.

Persoal keabsahan pengampunan Anwar

Kata Ismail Sabri lagi, satu lagi isu yang dapat dibangkitkan adalah keabsahan pengampunan yang diberikan kepada Pengerusi PH Anwar Ibrahim.

Dia berkata BN perlu membangkitkan persoalan itu kerana ia diberikan sebaik sahaja PH menjadi kerajaan, dan ketika tiada peguam negara.

“Apandi Ali dipecat, tiada peguam negara. Setiausaha kepada lembaga pengampunan adalah peguam negara.

“Lagipun, mesti ada menteri besar. Sebab (perkara itu di Kuala Lumpur) maka menteri wilayah perlu jadi ahli lembaga pengampunan. Jadi lembaga pengampunan tidak sah untuk mengampunkan Anwar,” katanya lagi. Mk

‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker