UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN

UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN

Umno dijangka ‘tinggalkan’ kerajaan PN sebelum 1 Ogos

Umno dijangka menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos, kata sumber parti, dalam perkembangan terbaharu yang akan menguji keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada sidang Parlimen bulan ini.

Menurut sumber itu, majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah memberikan persetujuan untuk Umno berbuat demikian dalam perjumpaan secara berperingkat dengan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

Umno adalah blok penyokong terbesar kepada kerajaan PN yang mempunyai sokongan amat rapuh di Dewan Rakyat.

Sumber parti memberitahu FMT, bahawa hanya beberapa ahli MKT yang belum memberi persetujuan untuk ahli parlimen Umno menarik balik sokongan kepada PN.

“Setakat ini majoriti ahli MKT bersetuju Umno ‘pull the plug’ sebelum 1 Ogos 2021.

“Tinggal beberapa orang sahaja yang belum dipanggil iaitu di kalangan kluster Menteri (dalam kerajaan PN),” kata sumber itu. FMT

Jelas sumber lagi, tindakan pucuk pimpinan memanggil beberapa ahli majlis tertinggi secara berperingkat kerana kekangan waktu kini yang tidak boleh mengadakan sebarang mesyuarat.

“Jadi mereka telah memanggil beberapa MT untuk nyatakan persetujuan. Kalau setuju bermakna mereka perlu tandatangan dengan cadangan itu.

“Ada yang tidak bersetuju sebab nak menjayakan cadangan Majlis Kerja Tertinggi ini adalah ahli parlimen. Kalau ahli parlimen tidak tarik sokongan dari kerajaan PN, bermakna keputusan MT itu tidak ada kesan,” ujarnya lagi.

UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri Aziz u-turn, kembali sokong Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker