PKPD : 3 orang dalam satu kereta dibenarkan

PKPD : 3 orang dalam satu kereta dibenarkan

Pergerakan tiga orang dalam satu kereta dibenarkan

KUALA LUMPUR: Polis membenarkan pergerakan tiga orang termasuk pemandu kenderaan bagi penduduk yang tinggal di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mempunyai urusan perubatan dan vaksinasi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata penduduk di lokaliti PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman web, kad janji temu atau mesej pesanan ringkat (SMS) kepada petugas di lapangan.

“Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan secara ‘case to case basis’ atau pertimbangan kes berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan lengkuk penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini. BH

PKPD : 3 orang dalam satu kereta dibenarkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gadis Terpaksa Jadi Isteri Kedua Hanya Untuk Bayar Hutang Ibu Bapa [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker