Resepi kerabu pucuk paku bersama tauge

Resepi kerabu pucuk paku bersama tauge

Tiada idea nak masak apa hari ni? Apa kata anda cuba buat resepi kerabu pucuk paku kampung. Dijamin sedap, sihat dan menyelerakan untuk santapan seisi keluarga.

Resepi ini memang sedap tau. Kalau orang yang dah biasa makan memang akan mengakui keenakan masakan ini. Biasanya orang makan resepi ini dengan nasi putih.



Tapi ada yang suka makan ratah begitu sahaja jer. Memang sedap sungguh. Rugi tau kalau sesiapa yang tak cuba.

Kerabu pucuk paku kampung memerlukan sayur pucuk paku yang segar. Baru la sedap dan menepati cita rasa.

Tips memilih sayur pucuk paku yang segar di pasar mudah jer. Sebelum anda nak beli, perhatikan dulu daun pada sayur yang tidak layu dan kelihatan segar. Mesti ada yang tertanya, ada ke cara nak tahu sayur pucuk paku segar atau tidak.

Ada, dan sememangnya cara yang paling mudah tengok pada daunnya. Selain itu, jika kita nak tahu sayur yand dah lama dipetik dan tidak berapa segar. Cuba perhatikan bahagian daun pucuk paku.



Resepi Kerabu Pucuk Paku yang mudah dan berkhasiat, Pucuk Paku Kaya dengan Zat Besi & Beta Carotine(Vitamin A) baik untuk mata anda. Sedap di makan bersama ikan kembung goreng!.

Sedapnya kerabu pucuk paku bersama tauge ni. Tidak menggunakan banyak bahan dan mudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN

300gm pucuk paku – dicelur dan dipotong kasar
200gm tauge – dicelur
2 kuntum bunga kantan – dihiris halus
8 biji bawang merah – dihiris halus
2 batang serai – dihiris halus
4 sudu besar jus limau
1 ½ sudu besar kerisik
150gm udang kering – dikisar
Garam dan gula secukup rasa



BAHAN KISAR (pes sambal belacan)

5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
1 ½ cm belacan
8 ulas bawang merah

CARA

1.Campurkan bahan kisar (pes sambal belacan) dengan jus limau dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.



2.Masukkan hirisan bunga kantan, bawang merah, serai dan kerisik. Kacau rata.

3.Masukkan pucuk paku dan taugeh. Gaul rata lagi dan siap untuk dihidang.

Resepi oleh Datuk Chef Ismail, Restoran Rebung.



Resepi kerabu pucuk paku bersama tauge


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Ayam Cordon Bleu Sos Lada Hitam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker