Mogok doktor kontrak: Operasi hospital tidak terjejas

Mogok doktor kontrak: Operasi hospital tidak terjejas. Gerakan Hartal Doktor Kontrak mendakwa pakar-pakar kesihatan, perunding dan pegawai perubatan lantikan tetap, memihak kepada mereka untuk memulakan mogok pada 26 Julai ini.

Jurucakapnya, Dr. Mustapha Kamal A. Aziz berkata, kebanyakan mereka juga bersedia mengambil alih tugas doktor kontrak dan menyusun semula jadual kerja pada hari tersebut bagi memastikan matlamat mogok di seluruh negara dapat direalisasikan.

Justeru, katanya, sistem penjagaan kesihatan di hospital-hospital kerajaan tidak akan terjejas susulan penglibatan mereka dalam mogok tersebut.

“Jika kami tidak menerima maklum balas yang baik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), maka kami akan bergerak kepada fasa kedua yang mana kami akan menyusun (beberapa strategi).

“Di hospital ramai pakar, pegawai perubatan tetap dan pegawai perubatan siswazah. Kami boleh atur jadual kerja bersama-sama mereka malah kebanyakan mereka juga kata pergi buat mogok, kami boleh cover kamu.

“Jadi, kakitangan di hospital tidak akan terjejas sepenuhnya tapi dengan ketidakhadiran kami sudah pasti akan memperlahankan sistem penyampaian kesihatan di hospital,” katanya dalam sidang akhbar melalui apli­kasi Zoom di sini, semalam.

Dalam satu kenyataan media, gerakan itu memaklumkan terpaksa mengambil tindakan drastik untuk tidak bekerja pada hujung bulan ini jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan menawarkan pelantikan tetap kepada semua doktor kontrak sedia ada selain menjelaskan kriteria lantikan tetap secara terperinci.

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba meminta doktor kontrak bersabar sementara isu dihadapi mereka dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dalam waktu terdekat.

Akhbar ini baru-baru ini membangkitkan persoalan tentang pihak bertanggungjawab melantik dan menyerap pegawai perubatan kontrak ke status tetap selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Kementerian Kesihatan menuding jari antara satu sama lain.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye mencadangkan satu suruhanjaya perkhidmatan perubatan dan kesihatan perlu diwujudkan supaya perjawatan petugas kesihatan le­bih meluas dengan pengambilan mereka tidak lagi di bawah SPA dan JPA. Sejak 2016, seramai 789 atau 3.4 peratus daripada 23,000 pegawai dilantik secara tetap manakala lebihnya berkhidmat secara kontrak

Mogok doktor kontrak: Operasi hospital tidak terjejas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada tarikh persidangan, wakil rakyat digesa ke Parlimen 19 Julai

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker