Tiada tarikh persidangan, wakil rakyat digesa ke Parlimen 19 Julai

Sebaran :

Tiada tarikh persidangan, wakil rakyat digesa ke Parlimen 19 Julai. Semua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang digesa hadir ke Parlimen pada 19 Julai ini jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih tidak menetapkan tarikh persidangan selewat-lewatnya 5 Julai ini.

Majlis Presiden Pakaran Harapan (PH) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, langkah itu bertujuan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menghormati prinsip demokrasi berperlembagaan.

Menurut kenyataan itu, sidang Parlimen mesti diadakan sebelum 1 Ogos ini untuk membahaskan krisis pandemik Covid-19, proklamasi darurat, Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 2021 dan Pelan Pemulihan Negara selaras titah Seri Paduka.

“Ini untuk memastikan usaha berkesan mengekang penularan wabak Covid-19 dan menyelesaikan masalah ekonomi serta kehidupan harian dihadapi rakyat.

“Rakyat sekarang sangat tertekan sehingga ada yang telah membunuh diri dan mengibarkan bendera putih. Maka sidang Parlimen ini mesti memberi fokus isu rakyat dan bukannya politik,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Pada 16 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan Parlimen perlu bersidang segera kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi serta mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus dapat dicapai seawal mungkin.

Kenyataan itu dibuat berikutan siri pertemuan dari 9 Jun hingga 15 Jun antara Baginda dan 18 pemimpin politik yang berakhir dengan sidang khas Raja-Raja Melayu baru-baru ini.

Parlimen digantung sejak pengisytiharan darurat berkuatkuasa pada 11 Januari lalu dan hanya akan berakhir pada 1 Ogos namun bergantung kepada nasihat jawatankuasa bebas sekiranya darurat dapat berakhir lebih awal.

Dalam pada itu, beliau berkata, Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah bertindak derhaka terhadap Seri Paduka serta Raja-Raja Melayu yang menzahirkan pandangan sama untuk Parlimen segera bersidang.

“Kami kesal sehingga hari ini kerajaan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang langkah konkrit untuk menjunjung perintah Seri Paduka berhubung sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini,” katanya

Tiada tarikh persidangan, wakil rakyat digesa ke Parlimen 19 Julai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid panggil MP UMNO tandatangan surat tarik diri

 


Sebaran :

Leave a Reply