Perniagaan lingkup jika tunggu enam bulan lagi untuk beroperasi – Ameer

Perniagaan lingkup jika tunggu enam bulan lagi untuk beroperasi – Ameer

Kebanyakan perniagaan tidak akan mampu bertahan jika ditutup lagi dalam masa enam bulan akan datang.

Menurut Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin, kerajaan seharusnya segera mengumumkan pembukaan perniagaan berkenaan dengan menukar beberapa kriteria dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).



“Kalau hendak tunggu enam bulan, tidak payah tunggu, semua orang akan kibar bendera putih. Saya rasa tidak ada perniagaan yang mampu untuk bertahan untuk enam bulan. Semua akan lingkup. Hendak kata Mydin atau tidak, semua sudah tidak larat.

“Jadi saya cadangkan, tidak ada alternatif, kita tidak boleh, banyak negara sudah cuba. Alternatifnya buka sekarang. Kalau hendak guna fasa dua, tukar kriterianya sebab kita boleh buka, maksud saya vaksinasi, mengikut negeri dan pendekatan. Kalau Selangor besar, pergi ke bidang pembuatan. Lain semua kena buka.

“Tiada alternatif, kita tidak boleh tunggu enam bulan, kita tidak boleh tunggu sebulan. Hendak tunggu satu minggu, saya berdoa In Sha Allah boleh tahan satu atau dua minggu ini,” katanya dalam program Niaga AWANI pada Jumaat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menjelaskan, Fasa 1 kawalan pergerakan kekal dalam PPN sehingga tiga indikator yang digariskan meliputi jumlah kes harian, tahap sistem kesihatan awam dan kadar vaksinasi dicapai.



Perdana Menteri menambah, peralihan fasa-fasa tersebut memerlukan kerjasama semua pihak dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dapat dipatuhi.

Melalui PPN, kriteria peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 adalah kes harian COVID-19 di bawah 4,000; kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap sederhana; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.

Peralihan ke Fasa ketiga pula akan berlangsung selepas purata kes harian tidak lebih 2,000, kapasiti ICU mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapat dos vaksin penuh.

Ia dijangka dapat dicapai pada bulan September.



Manakala, Fasa Ketiga kepada Fasa Keempat PKP hanya dilakukan setelah purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 500 kes.

Dalam pada itu kata Ameer, penggiat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri kecil dan sederhana (IKS) diminta mengambil moratorium kerana mereka dilihat tidak lagi mempunyai alternatif lain.

Ujarnya, kerajaan juga diminta membuat sedikit pengecualian terutama dalam isu kadar faedah tinggi yang akan dihadapi pihak berkenaan.

“Saya cadangkan kerajaan dan bank dapat adakan sedikit pengecualian, nombor satu, jangan gunakan kadar biasa. Kedua apa yang kita kena tutup, tutup sahajalah. Kalau ada kiosk dan tidak larat, tutup. Daripada kita cuba bayar, bayar dan bayar (sewa, elektrik) dan kita tahu tidak mungkin boleh berniaga dua tiga bulan lagi, saya cadangkan, (kalau ada kanser potong sahaja) tutup sahaja.



“Harap ia jadi pengajaran, pada masa depan, bila kita jatuh, boleh naik semula, jangan takut, positif dan terus positif. Sekarang hendak minta tolong siapa? Dahulu boleh minta tolong bapa, abang atau adik.

“Sekarang bapa pun tiada kerja, adik tiada kerja, kerajaan pun tidak mampu menolong,” ujarnya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum ini menjelaskan, moratorium enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), dijangka memberi kelegaan sehingga RM80 bilion kepada kalangan peminjam individu dan perniagaan.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa pemberian moratorium itu merupakan langkah sementara dan sebahagian daripada inisiatif PPN.



Perniagaan lingkup jika tunggu enam bulan lagi untuk beroperasi – Ameer


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hina Pemangku Raja Pahang, Polis terima 23 laporan



Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita

Cucu tipu nenek anaknya masih hidup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker