Kali ini AMK Negeri Sembilan pula hilang kepercayaan kepada Akmal Nasir

Kali ini AMK Negeri Sembilan pula hilang kepercayaan kepada Akmal Nasir

Krisis kepimpinan yang melanda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berlarutan selepas tiga Ketua AMK Cabang Negeri Sembilan hari ini mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Pusat Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Mereka menyifatkan Akmal gagal menyatukan anggota AMK sehingga memecah-belahkan semangat perpaduan sayap parti itu melalui rombakan baru-baru ini, yang menggusarkan akar umbi AMK Negeri.

Malah, Akmal dilihat sengaja mensabotaj usaha yang dilakukan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menumpukan serangan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional.

Mereka mendakwa, Akmal mencetuskan suasana krisis melalui tindakannya memecat Ketua AMK Selangor dan Perlis serta beberapa pimpinan Majlis Pimpinan Pusat AMK tanpa melalui proses sewajarnya.

“Sekiranya Akmal berhajat untuk menukar struktur organisasi AMK negeri, kami mendesak beliau tidak bersikap prejudis dan berat-sebelah.

“Setelah hampir setahun pelantikan Hafiz Mohamad sebagai Ketua AMK Negeri Sembilan, tiada usaha dan inisiatif yang beliau buat bagi meningkatkan kualiti serta kestabilan AMK Cabang di Negeri Sembilan.

“Beliau sendiri gagal menjadi setiausaha lantikan AMK Cabang Port Dickson dengan baik,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua AMK Rembau Mohd Effendi Mat Aris, Ketua AMK Rasah Ahmad Izzudin Ismail dan Ketua AMK Port Dickson Muhamad Affandi Abdul Malik.

Terdapat empat AMK Cabang yang rasmi di Negeri Sembilan ketika ini, manakala selebihnya adalah AMK Cabang Penaja.

“Apakah kriteria menentukan seorang Ketua AMK Negeri itu tidak berfungsi sebaik mungkin sehinggakan perlu campur tangan Akmal?” soal mereka.

Sehubungan itu, ketiga-tiga mereka berpendapat, adalah lebih demokratik pada ketika ini untuk mengadakan Kongress AMK Luar Biasa (EGM) bagi melantik Ketua AMK Malaysia yang mempunyai keabsahan agar mampu menjamin kelangsungan perjuangan reformasi.-Awani

Kali ini AMK Negeri Sembilan pula hilang kepercayaan kepada Akmal Nasir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hina Pemangku Raja Pahang, Polis terima 23 laporan

Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker