Mahasiswa belajar online, yuran tetap sama

Mahasiswa belajar online, yuran tetap sama

Rata-rata mahasiswa di universiti awam merungut berikutan yuran pengajian yang perlu dibayar masih tinggi meskipun pengajian mereka dijalankan secara online sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rungutan terbabit dibuat mereka menerusi maklum balas kepada ciapan seorang pengguna Twitter @0niiigiiiriii yang berkongsi gambar dirinya sambil memegang kertas bertulis ‘belajar online, yuran semester tak kurang’.

Ciapan gadis itu tular di Twitter sejak semalam apabila mendapat sebanyak 34,000 ciapan balas selain 33,600 tanda kesukaan.

Bagi seorang pengguna Twitter, @adib_asyraff berkata, mereka banyak kehabisan duit kerana perlu melanggan data dan perkhidmatan internet setiap bulan.

“Kita habis duit dekat data, bayar Wi-Fi setiap bulan, tambah kualiti dan peranti tetapi kena bayar (yuran) kepada kampus.

“Bagaimanapun, kami perlu berdikari, semua kemudahan kami sediakan di rumah sendiri,” tulisnya.

Berkongsi rasa sama, @rabiiyy turut meminta persatuan pemimpin pelajar untuk mewakili suara mahasiswa bagi membawakan isu tersebut ke peringkat atasan.

“Kumpulkan bukti dan hantar satu surat kepada pihak kerajaan, manalah tahu, mereka ini terlepas pandang walaupun pelajar ada di seluruh Malaysia,” jelasnya.

Bagi @shfqhzainol, dia turut berkongsi berkenaan yuran asrama yang turut tidak dipotong walaupun rata-rata pelajar berada di rumah ketika PKP.

“Yuran asrama tu pun tidak potong, siapa yang guna air dalam itu,” tulisnya. K Online

Mahasiswa belajar online, yuran tetap sama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagi pemimpin PAS kurang senang kempen #BenderaPutih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker