CPR atas lantai, wad HKL penuh

CPR atas lantai, wad HKL penuh

‘CPR atas lantai, wad penuh’, doktor HKL beri amaran tentang krisis Covid-19
FMT Reporters -July 2, 2021 4:31 PM
106
Shares
facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonemail sharing button

Petugas perubatan menjalankan CPR di atas lantai HKL kerana katil tidak mencukupi untuk menampung kemasukan kes Covid-19.
PETALING JAYA: Doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terpaksa menjalankan prosedur dan pemulihan kardiopulmonari di atas lantai kerana kapasiti hospital berkenaan telah melebihi batas.

Dalam catatan di Instagram, seorang doktor menyuarakan kebimbangan berhubung situasi Covid-19 dengan berkata, Jabatan Kecemasan HKL tidak mempunyai katil dan kanvas yang mencukupi untuk menampung kemasukan pesakit.

Beliau berkata, semua lapan wad hospital itu penuh dan alat bantuan pernafasan tidak cukup untuk diagihkan.

Malah, tambahnya, pegawai perubatan terpaksa memilih pesakit mana yang mendapatnya terlebih dahulu.

Katanya, Hospital Sungai Buloh juga melampaui kapasiti dan tidak menerima rujukan, seterusnya memberi risiko kepada pesakit yang memerlukan rawatan geriatrik.

Seorang lagi pegawai perubatan menceritakan kejadian prosedur melibatkan pesakit yang mengalami masalah pernafasan terpaksa dilakukan di atas lantai.

Gambar dikongsikan di media sosial menunjukkan pegawai perubatan membentang kanvas di atas lantai HKL.
“Setiap hari ada yang meninggal dunia, dan sangat menyedihkan untuk melihat dan membuat keputusan siapa yang patut ‘pergi’ dahulu,” katanya.

“Orang minta bantuan kami untuk selamatkan ahli keluarga mereka sedangkan kami juga merasa tiada harapan. Kami hanya mampu buat yang terbaik, tapi malangnya, itu takkan cukup.”

Seorang lagi pengguna Instagram, juga seorang doktor di HKL, berkata pesakit-pesakit perlu menunggu giliran mendapatkan rawatan di atas kerusi roda kerana tiada katil.

“Ada 111 pesakit terpaksa berada di Jabatan Kecemasan kerana wad-wad penuh, dengan 40 daripada mereka positif (Covid-19), dan 15 memerlukan bantuan pernafasan.

“Ada pesakit terpaksa berkongsi oksigen kerana tangki tidak cukup untuk semua,” katanya.

Seorang lagi doktor HKL yang tidak mahu dikenali berkata kepada FMT, “besar kemungkinan” catatan-catatan media sosial berkenaan dihantar ketika berada di hospital.

“Sudah beberapa lama keadaan memang begini sibuk. (Keadaan) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) lebih teruk,” katanya, memetik seorang doktor yang bekerja di situ.

Seorang doktor lain dari HKL berkata, tidak perlu mempersoalkan ketulenan catatan media sosial berkenaan, kerana “jawapannya sudah ada di situ”.

Tambahnya, HKL bukan satu-satunya hospital kerajaan yang mengalami situasi drastik begitu.

FMT telah menghubungi Pengarah HKL Dr Heric Corray bagi mendapatkan komen. FMT

CPR atas lantai, wad HKL penuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bantu segera, sebelum ramai bunuh diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker