AMK Melaka Isytihar Hilang Kepercayaan Terhadap Akmal Nasir, Prasanth Kumar

AMK Melaka Isytihar Hilang Kepercayaan Terhadap Akmal Nasir, Prasanth Kumar

Majoriti Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang negeri Melaka mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Menerusi satu kenyataan bersama melibatkan empat pemimpin AMK Cabang, mereka turut mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Melaka, B. Prasanth Kumar.

Jelas mereka, kepimpinan Ketua AMK Malaysia yang lemah dan tidak efektif dalam mengemudi AMK di peringkat nasional menjurus kepada kegagalan kepimpinan sayap parti itu di negeri Melaka.

“Kegagalan Ketua AMK Melaka menyatupadukan anggota di peringkat negeri dan cabang selepas pemilihan parti dan selepas ‘Langkah Sheraton’ jelas membuktikan ketidakupayaan beliau dalam memimpin sayap pemuda negeri.

“Ketua AMK Negeri Melaka dilihat mengikut lenggok Ketua AMK Malaysia apabila hanya memilih untuk bermain politik daripada bergerak melakukan gerak kerja di peringkat akar umbi.

“Sehingga kini, AMK negeri Melaka tiada hala tuju yang jelas dan tidak tersusun,” kata mereka.

Perkara itu dizahirkan oleh Ketua AMK Alor Gajah, Mohd Khuzaire Mohd Kamal; Ketua AMK Tangga Batu, Muhamad Qayyum Ab Aziz; Ketua AMK Masjid Tanah, Mohd Faizal Othman dan Ketua AMK Hang Tuah Jaya, Naqiuddin Nazrin.

Mereka pada masa sama turut menuntut agar satu Kongres AMK Luar Biasa (EGM) diadakan segera bagi memilih semula Ketua AMK Malaysia yang baharu demi memastikan kestabilan sayap pemuda serta mengukuhkan parti.

AMK Melaka Isytihar Hilang Kepercayaan Terhadap Akmal Nasir, Prasanth Kumar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Akmal Ketua AMK paling lemah

AMK ‘Tibai’ Azmin dan Zuraidah Supaya Letak Jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker