Sharnaaz Ahmad bakal jadi YB? [VIDEO]

Sharnaaz Ahmad bakal jadi YB? Perkongsian pelakon, Sharnaaz Ahmad yang menggelarkan dirinya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Instagramnya menimbulkan persoalan adakah dia kini sudah bersedia untuk terjun ke bidang politik.

Menjawab kepada Utusan Malaysia, jelas Sharnaaz, soal menyertai bidang politik itu belum ada dalam fikirannya namun, dia tidak menolak kemungkinan tersebut dalam lima atau 10 tahun akan datang.

“Jadi Yang Berhormat (YB)? Jawapannya senang, kita tak tahu kan masa depan macam mana? Dalam 10 atau lima tahun lagi. Cuma buat masa ini, saya cuma mahu berbakti kepada masyarakat.



“Saya bukan orang kaya, tiada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di belakang. Apa juga sumbangan adalah hasil jualan kopi dan dana yang dikumpul oleh pasukan saya sendiri. Ramai juga yang menyumbang,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga meminta agar rakyat bersatu hati dan tidak mengecam atau memperlekeh mana-mana usaha untuk mebantu mereka yang dalam kesusahan seperti gerakan #BenderaPutih.

“Sekarang ramai sangat yang terseksa. Gerakan itu sebagai salah satu uasaha kita untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Kibar bendera putih itu ada banyak maksud. Dulu orang meninggal pun kibar bendera putih kan?

“Memang kita berdoa tetapi kalau tidak ada usaha, mana nak datang bantuan. Jadi apa yang saya ada, rezeki Allah beri ini mahu dikongsi bersama. Janganlah fikir satu maksud sahaja,” ujarnya.



Sementara itu, Sharnaaz memberitahu, sekiranya ada rezeki lain dan banyak sumbangan dana diterima, dia juga akan memfokuskan penduduk yang terjejas di Pulau Pinang, negeri kelahirannya.

“Kalau boleh bukan Pulau Pinang sahaja, sebab satu Malaysia pun terjejas. Saya terima banyak juga pesanan dan permintaan khususnya daripada Pulau Pinang. InsyaAllah, saya akan susunkan bantuan melalui pasukan Mamu Legacy di sana,” katanya. UTUSAN

Sharnaaz Ahmad bakal jadi YB?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




#benderaputih: Orang agama sepatutnya husnuzon

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker