Ebit Lew dilantik Duta Muhibah Palestin


Ebit Lew dilantik Duta Muhibah Palestin

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) dilantik oleh Kementerian Luar Palestin sebagai Duta Muhibah Palestin dalam menyampaikan mesej dan menyokong Palestin dalam aktiviti yang disertai dermawan itu.

UEL menerusi hantaran Facebook malam tadi berkata, beliau dan delegasinya dijemput bermesyuarat bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestin, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.



Menurutnya, beliau rasa terharu sebak dan bersyukur apabila dianugerahkan sebagai Duta Muhibah Palestin oleh Kementerian Luar Palestin.

“Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut UEL berkata, beliau dalam mesyuarat itu berbincang untuk program-program di Palestin pada masa akan datang.

Katanya, beliau bersetuju bekerjasama dengan kementerian luar akan satu projek pameran kebudayaan kepahlawanan dan pengorbanan.



Katanya lagi, demi maslahat anak muda remaja di sana, identiti dan tanah mereka diambil, berapa banyak telah terkorban sehingga banyak keluarga sudah tiada keturunan mereka.

“Semuanya syahid. Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan yang mereka yang telah terkorban.

“Semoga menjadi asbab kebaikan. Terima kasih kerajaan Palestin, terima kasih Kementerian Luar Palestin dan semua rakyat Palestin.

“Terasa bagai semua keluarga. Terima kasih doa semua rakyat Malaysia,” tambahnya. Utv



Ebit Lew dilantik Duta Muhibah Palestin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lawan dengan anjuran agama,bukan bendera putih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker